AMPANG, 31 OGOS 2009 - Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bukanlah satu penyelesaian dalam mana-mana kawasan kediaman seandainya tiada pemahaman yang jelas daripada penghuni mahupun pihak pengurusan berkait dengan JMB.
Pengarah Operasi, Focus Facilities Management Sdn Bhd, Ablah Othman berkata, pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi dalam menguruskan dan menyelenggara harta bersama seperti di flat, pangsapuri dan kondominium.
Menurutnya, perkara yang kerap dihadapi mana-mana pengurusan adalah keengganan penghuni membayar yuran penyelenggaraan sebagai contoh, pemilik yang tidak tinggal di perumahan tersebut tetapi menyewakan kepada orang lain.
"Kebiasaannya penyewa ini kurang rasa tanggungjawab untuk membayar yuran penyelenggaraan sehingga sukar untuk membuat kutipan sepenuhnya.
"Begitu juga bilangan unit rumah yang sedikit akan menyebabkan dana tidak setara dengan jumlah perbelanjaan pengurusan bangunan terutama perumahan kos rendah yang mempunyai lif.
"Malah ada juga pemilik yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pemaju menyebabkan mereka enggan membayar yuran penyelenggaraan walaupun yuran perkhidmatan yang rendah," kata Ablah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dihadapi JMB semasa Seminar Perbadanan Pengurusan terhadap Peranan dan Tanggungjawab JMB dan Legasi Hakmilik Strata anjuran Focus Facilities Management Sdn Bhd di Hotel De Palma Ampang.
Ablah berkata, masalah dalaman JMB juga antara beberapa masalah dan cabaran yang sering timbul apabila mereka yang berada dalam pengurusan ini tidak memahami peranan JMB dengan jelas.
Sebagai contoh "Masalah seperti rumah lelong, struktur kediaman yang tidak memuaskan, masalah cukai tanah dan masalah meter air pukal kebiasaannya ditanggung menggunakan dana yuran perkhidmatan adalah antara lain yang sering menghantui JMB," katanya.
Menurutnya, kesemua masalah ini hanya dapat diatasi sekiranya Akta 318 Akta Hakmilik Strata perkara 41A Caruman dapat dikuatkuasakan oleh pihak berwajib. Jika ini dapat dilaksanakan, maka banyak perkara dapat diatasi dan seterusnya menjaga kebajikan dan keselesaan perumahan bertingkat.
Sebelum itu, Seminar Perbadanan Pengurusan telah dirasmikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad - SINAR HARIAN.