Skip to main content

PENDUDUK LAPOR POLIS ALAMAT DIGUNAKAN 15 INDIVIDU TIDAK DIKENALI.

AMPANG, 13 JUN 2012 : Bimbang dengan keselamatan keluaga, bekas ketua kampung Kampung Pandan, Arshad Ahamad membuat satu laporan polis di IPD Ampang Jaya ekoran penemuan nama 15 individu meragukan yang di daftarkan di alamat rumahnya sebagai pengundi.

Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011 yang dipaparkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya empat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshah di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan.

Menurut Arshad, laporan ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya bimbang keselamatan keluarga kerana khuatir alamat berkenaan digunakan untuk aktiviti jenayah.

Katanya, individu berkenaan tidak dikenali melainkan isteri dan tiga adik ipar beliau.

"Keraguan dan kebimbangan yang berlaku terhadap diri saya kalau alamat saya digunakan untuk aktiviti jenayah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan keluarga saya boleh tergugat memandangkan anak-anak saya masih bersekolah.

"Ini bukan masalah isu politik,  saya merasakan ini adalah isu keselamatan," katanya.

Menurutnya, pada tahun 2008 beliau membuat semakan yang sama dan tidak menemui nama individu yang meragukan.

Laporan polis sama turut dibuat oleh Ketua JKKK Kampung Pandan, Mahadi Ab Rashid yang turut bimbang keselamatan penduduk kampung ekoran perkara ini.

Dalam laporannya memberitahu, terdapat 30 nama didaftarkan di rumah yang tidak bernombor dan No 1, Lorong Kemajuan Kampung Pandan.

Sementara itu, Exco Selangor yang juga Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad memaklumkan, terdapat jumlah yang lebih tinggi di daftarkan di alamat lain seramai 43 orang.

Hasil semakan menemui, hanya lapan nama yang benar-benar mendaftar di alamat berkenaan dan selebihnya adalah nama meragukan.

Menurutnya, DUN Cempaka mempunyai 32,000 orang pengundi berdaftar pada tahun 2008 dan kini menyaksikan pertambahan 8,000 orang pengundi berdaftar menjadikan jumlah keseluruhan 40,000 orang.

Katanya nama-nama ini akan dipamerkan di tiga lokasi iaitu Pejabat JKKK Kampung Pandan, Pejabat Ahli Majlis Jalan Pandan Indah 3/2, Pandan Indah dan Pejabat Ahli Majlis Jalan pandan 4,  Pandan Jaya.

"Kita bagi SPR tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kita akan pamerkan nama ini dan menawarkan RM50 kepada mereka yang mempunyai nama seperti yang dipaparkan untuk memberikan penjelasan.

 

"Kalau nama mereka masuk secara tidak sengaja, kita tidak ada masalah. Tapi yang bertanggungjawab kini adalah SPR," katanya.

Ujar beliau lagi, tindakan bersepadu daripada Kerajaan Negeri akan dibuat sekiranya semua usaha ini gagal menemukan jalan penyelesaian bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan sebelum PRU-13 - AFIX REDZUAN, MEDIA SELANGORKU.


Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...