SHAH ALAM, 24 Mei 2012 – Pas Kawasan Pandan menggesa parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menandatangani satu 'perjanjian pakatan' yang terperinci sebelum menubuhkan kerajaan.
Yang Dipertuanya, Iskandar Abdul Samad berkata, perjanjian ini penting bagi memperincikan dahulu polisi-polisi utama bagi mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.
Menurutnya, perjanjian ini nanti akan mengikat pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan
Exco.
"Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.
"Perjanjian ini adalah seperti yang ditandatangani Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain pada 2010," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, Pas Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan PR yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.
"Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar beliau dapat membentangkannya pada mesyuarat PR di peringkat nasional," katanya - SINAR HARIAN.
Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah. Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...