Skip to main content

Task Force Projek-Projek Perumahan Terbengkalai Akan Menjadi “One Stop Centre” Menyelesaikan Projek Perumahan Terbengkalai

JAWAPAN YB ISKANDAR A. SAMAD DI DALAM MENGGULUNG PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (NO. 2) 2010.

Task Force Projek-Projek Perumahan Terbengkalai Akan Menjadi “One Stop Centre” Menyelesaikan Projek Perumahan Terbengkalai

Kerajaan Negeri Selangor telah digesa untuk memastikan masalah-masalah yang dihadapi untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai dapat diatasi dengan segera.

Pemulihan projek-projek itu dilakukan oleh sektor swasta kecuali beberapa projek tertentu sahaja. Kerajaan Negeri hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara.

Di antara masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor atau pemaju penyelamat adalah,

1. Cukai-cukai tanah yang tertunggak.
2. Isu-isu tanah yang lain.
3. Kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
4. Kelulusan dari agensi-agensi yang lain.
5. Masalah dengan bank-bank.

Sebelum ini Task Force akan membantu kontraktor atau pemaju penyelamat untuk mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan. Tetapi untuk mempercepatkan proses pemulihan, keahlian Task Force ini akan ditambah dengan memasukkan pihak-pihak yang penting untuk memulihkan projek-projek itu.

Senarai penuh Task Force yang baru ini adalah,

1. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
2. Pembantu Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan.
3. Wakil Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
4. Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
5. Wakil Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.
6. Wakil Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor.
7. Wakil Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
8. Wakil Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.
9. Wakil Pejabat Tanah Daerah yang terlibat.
10. Wakil Jabatan Kerja Raya Selangor.
11. Ahli-ahli professional dari bidang hartanah.
12. Wakil-wakil bank.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor akan bertindak sebagai urusetia Task Force ini.

Task Force ini akan bertindak sebagai “One Stop Centre” untuk memastikan masalah-masalah untuk memulihkan projek-projek itu dapat diselesaikan di mesyuarat tersebut. Oleh itu, tidak perlu lagi kontraktor atau pemaju penyelamat pergi dari jabatan ke jabatan atau agensi ke agensi.

Buat permulaan Task Force baru akan bermesyuarat dua minggu sekali.

Selain dari itu, Task Force ini akan juga menilai sama ada terdapat projek-projek yang layak menerima suntikan kewangan, jika ada, untuk memulakannya semula.

Untuk pelaksanaan dan pemantauan, terdapat jawatankuasa-jawatankuasa kecil akan ditubuhkan.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
13 Julai 2010

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...