Skip to main content

Lawan ceramah dengan Ali Rustam

Malam tadi 10 Julai saya telah pergi berceramah di Melaka. Tempatnya adalah Kg. Bukit Pulau dalam DUN Bukit Baru, DUN Ketua Menteri Ali Rustam.

Tiba dalam jam 8.45 malam bersama Hj. Hashim, Kamarul dan Shukri. Turut akan berceramah adalah pemimpin PKR dan DAP Melaka.

Ceramah diadakan di Markas PAS dan terkejut apabila mendapati 3 rumah dari tempat saya berceramah ada ceramah Umno.

Lebih terkejut bila tahu yang berceramah adalah Ketua Menteri Ali Rustam. Sudah tentu dia bertujuan untuk mengganggu ceramah kami.

Yang peliknya dia bukan berceramah biasa tetapi berdiri di rostrum dan menunggu apa yang saya dan penceramah kita ucapkan. Apabila ada isu yang dibangkitkan, dia akan menjawab isu tersebut. Jika dia tidak pasti apa yang diucapkan, dia akan bertanya, "Apa dia cakap?". Macam budak-budak.

Dia juga diberikan kertas-kertas kecil dari masa ke semasa yang dicatit apa yang telah diucapkan oleh saya dan penceramah-penceramah kita.

Apabila saya membangkitkan isu APCO, dia pula akan berceramah tentang Yahudi dan sudah tentu untuk mempertahankan Umno dan menyerang kita.

Pada saya tindakan Ali Rustam ini amat memalukan bagi seorang Ketua Menteri. Beliau tidak "gentleman", takut rakyat mendengar hujah-hujah kita. Tindakan beliau mungkin hanya layak dilakukan oleh seorang Ketua Cawangan Umno. Sebagai seorang Ketua Menteri, beliau sepatutnya menunjuk akhlak yang baik dan bukan seperti seorang samseng kampung yang memeras ugut orang luar yang melalui kampungnya.

Walau bagaimanapun, saya merasa bangga kerana kehadiran saya di Melaka malam tadi disambut oleh Ketua Menteri dan ahli Parlimen kawasan. Pegawai polis yang hadir pula berpaku-paku. Rupa-rupanya taraf Exco Selangor sama dengan Ketua Menteri Melaka.

Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Apabila Salahudin Ayub datang berceramah sebelum ini, Ali Rustam juga berceramah. Itu sebabnya apabila Dr. Hatta Ramli turun berceramah tidak lama lagi, penganjur malam itu berkata mereka akan menyediakan satu rostrum untuk Ali Rustam berceramah bersama. Jemputan itu telah disampaikan oleh pengerusi majlis malam tersebut.

Gambar-gambar di atas adalah mereka di ceramah Ali Rustam (yang tidak ramai orang) dan ceramah PAS (yang ramai orang) malam tadi.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...