Setelah memberi ucapan aluan dan mendengar ketiga-tiga ahli panel bagi pusingan pertama, saya telah meninggalkan majlis. Saya terpaksa beredar kerana setiap malam Sabtu saya akan berada di pusat khidmat saya di Taman Angsana Hilir. Selain malam Sabtu, saya juga berada di pusat khidmat pada pagi Selasa. Selalunya yang datang bukan sahaja dari DUN Chempaka tetapi dari seluruh Selangor. Sebagai Exco, mereka dari luar datang untuk membawa masalah-masalah perumahan. Oleh itu, saya tidak mahu menghampakan mereka.
Saya yakin mereka yang hadir di masjid malam itu memahami kenapa saya perlu keluar awal. Maka saya amat terkejut bila ada yang membuat cerita kononnya saya telah keluar awal untuk ke satu program DAP. Katanya saya lebih pentingkan DAP dari masjid.
Begitulah jahatnya mereka. Kalau hendak berpolitik sekalipun, janganlah sampai menabur fitnah.