Skip to main content

Manifesto : Elakkanlah "gula-gula"!

Exco Kelantan, Dato' Husam Musa membuat kenyataan minggu lepas bahawa jika Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, rakyat tidak perlu membayar cukai untuk 5 tahun pertama. Atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tidak perlu membayar cukai untuk tempoh tersebut.

Saya yakin rakyat akan menyambut baik tawaran itu tetapi alangkah lebih baik jika Pakatan Rakyat dapat menawarkan sesuatu yang bukan berbentuk "gula-gula". Jika kita menawarkan "gula-gula", BN juga akan menawarkan "gula-gula" Saya bimbang jika "gula-gula" yang kita tawarkan itu tidak dapat diberikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Kita tidak tahu keadaan kewangan sebenar negara, banyak perkara-perkara yang disembunyikan. Kemungkinan jika kita benar-benar dapat menawan Putrajaya, kita akan bertemu dengan "kejutan-kejutan" yang tidak memungkin kita memberikan rakyat "gula-gula" yang kita janjikan. Di atas kertas mungkin boleh dilaksanakan tetapi saya yakin jika BN tahu mereka akan kalah, mereka akan melakukan sabotaj-sabotaj sebelum dihalau keluar dari Putrajaya.

Oleh itu, Pakatan Rakyat sepatutnya menjanjikan perkara-perkara yang bersifat "idelogical" dan bukan "materialistic". Kerajaan telus dan bersih contohnya. Kesannya akan dirasai rakyat apabila penyelewengan dapat dihapuskan dan berbilion ringgit wang rakyat dapat diselamatkan. Wang yang diselamatkan pula akan dimanfaatkan untuk rakyat.

Atau menjanjikan "delivery system" yang lebih cekap yang akan dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat di samping menggalakkan aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan. Rakyat juga akan merasakan nikmat dari perubahan ini menerusi peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...