Point penting ceramah Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat : Malaysia membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh tetapi tidak boleh mengibarkan bendera Israel atau anak-anak kapalnya naik ke darat. Masalahnya bukan bendera atau anak kapal tetapi apakah jenis barang yang dipunggah? Kita tidak nampak barang-barang "Made in Israel" di Malaysia jadi adakah ia dilabel "Made in USA" atau negara-negara lain? Apakah jenis barang? Jentera? Barang elektronik? Pakaian? Atau makanan? Kalau makanan, kita kena hati-hati sebab Mesir pernah selama 20 tahun mengimpot telur dari Israel tapi akhirnya mendapati telur-telur itu disuntik racun supaya yang memakannya akan menjadi mandul atau anak yang dilahirkan tidak normal.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...