Skip to main content

Umno Selangor mengharapkan pasir tetapi yang ditemui hanyalah pasir jerlus.

Setelah dua tahun menyepi akhirnya Umno Selangor cuba bangkit dengan menjadikan pasir sebagai isu penyelamat mereka. Isu kuil, UiTM dan lembu telah dicuba tetapi gagal menonjolkan Umno sebagai sebuah parti pembangkang yang berkesan di Selangor.

Tetapi dengan isu pasir, Umno Selangor menyusun strategi, turun ke kawasan-kawasan dengan ceramah dan risalah.

Walau bagaimanpun di dalam keghairahan mereka menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat, kepincangan di dalam Umno terserlah.

Bagi mereka yang meneliti perkembangan sejak minggu lepas sudah tentu dapat menyaksikan bagaimana seolah-olah sedang berlaku persaingan di antara 2 tokoh Umno Selangor.

Walaupun yang dilanyak Khalid Ibrahim tetapi persaingan adalah di antara 2 tokoh itu. Siapa agaknya di antara 2 tokoh itu akan menjadi hero Umno Selangor? Adakah Khir Toyo atau Noh Omar?

Mula-mula Khir dan rombongannya melawat tempat yang didakwa pasir dicuri. Kemudian Noh Omar pula menaiki helikopter untuk meninjau kawasan pasir lombong.

Dalam ceramah 'Selamatkan Selangor' di Pandan pula, Noh berceramah tetapi Khir Toyo tidak kelihatan. Kita juga tidak pernah nampak Noh dan Khir Toyo dalam sidang akhbar yang sama.

Kalau 2 orang pemimpin bersaing maka sudah tentu penyokong-penyokong mereka juga bersaing. Kita juga tahu di dalam Umno, bersaing bukan sekadar bersaing seperti di dalam permainan bolasepak. Ini yang akan memeningkan kepala Ketua Perhubungan Umno Selangor, Perdana Menteri sendiri.

Nampaknya walaupun isu pasir diharapkan akan menyelamatkan Umno Selangor tetapi nampaknya ia akan bertukar menjadi pasir jerlus yang akan menelan Umno Selangor.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...