Majiis penyampaian Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) untuk 96 unit rumah teres 3 tingkat Taman Kosas Fasa 2, Ampang 24 Julai 2010
Aduan diterima tentang kes ini menerusi komen di blog ini lebih kurang dua bulan lepas. Pembantu Khas saya, Tuan Hj Abdul Hadi Jobak telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan MPAJ, pembeli, pemaju dan beberapa agensi lain. Alhamdulillah CF telah diperolehi pada 16 Julai lepas. Pemilik akan mendapat kunci pada pada 2 Ogos ini. Maka berakhirlah penantian selama 2 tahun 3 bulan mereka.
Penyelesaian masalah CF ini merupakan di antara KPI untuk Exco Perumahan bagi tahun ini. Setakat ini 6 projek perumahan telah diusahakan untuk mendapatkan CF. Ada di antara pemilik rumah yang telah menunggu lebih 10 tahun.
Bagi tahun ini sasaran KPI untuk Exco Perumahan adalah 5 projek. Oleh itu, sasaran tahun ini telah dilepasi.