Ketika
coretan ini ditulis 3 negara telah disahkan akan pulang awal dari kejohanan
Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil kerana telah kalah 2
perlawanan. Negara-negara itu adalah pemenang kejohanan yang lepas, Sepanyol,
Cameroon dan Australia.
Mungkin ramai yang terkejut akan nasib yang menimpa Sepanyol dan ramai
juga yang mengandaikan pemain-pemain negara itu telah menjual perlawanan
mereka. Kalau benar, memang hebat bookie-bookie yang terlibat. Mungkin dari
Malaysia agaknya.
Walau bagaimanapun, pada saya iktibar yang patut kita ambil adalah nasib
yang menimpa Cameroon. Tentang Australia, tidak ramai yang menjangkakan mereka
boleh pergi jauh walaupun negara itu mempunyai ramai pemain yang beraksi di
Eropah. Terdapat kisah yang tersendiri bagi Cameroon yang boleh menjadi
pengajaran kepada kita semua.
Cameroon pertama kali menyertai Piala Dunia dalam tahun 1982 di
Sepanyol. Mereka tidak pernah kalah pada kejohanan tersebut. Mereka seri 3 kali
tetapi telah tersingkir.
Pada edisi 1990 mereka telah mengejutkan dunia. Dalam perlawanan
pembukaan mereka mengalahkan juara bertahan Argentina. Mereka mara sehingga ke
suku akhir dan pemain-pemain khususnya Roger Milla menjadi idola
peminat-peminat bolasepak.
Selepas itu negara-negara Afrika tidak lagi dipandang rendah di pentas
dunia. Nigeria, Senegal, Ivory Coast dan Ghana telah memberi cabaran kepada
negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Malah legenda bolasepak Brazil, Pele
pernah membuat ramalan bahawa sebuah negara Afrika akan menjadi juara Piala
Dunia. Tetapi ini belum berlaku walaupun bintang-bintang Afrika telah berjaya
menempah nama di liga-liga utama di Eropah. Mungkin kisah di sebalik kegagalan
pasukan Cameroon tahun ini boleh menjadi petunjuk.
Persediaan Cameroon ke Piala Dunia tahun ini diselubungi kontroversi.
Berlaku pertelingkahan di antara pemain-pemain dan persekutuan bolasepak negara
itu. Punca pertelingkahan tersebut adalah mungkin punca pertelingkahan yang
berlaku di dalam hampir 90 peratus pertelingkahan di atas muka bumi ini. Duit,
wang, benda, harta dan perkara-perkara yang sejenis dengannya.
Di dalam kes Cameroon, pembayaran kepada pemain-pemain untuk beraksi di
Brazil menjadi punca pertelingkahan tersebut. Keadaan menjadi begitu parah
apabila selepas perlawanan akhir sebelum ke Brazil, pemain-pemain enggan
menerima bendera negara mereka daripada Presiden Cameroon. Mereka berkampung di
dalam bilik persalinan stadium maka terpaksalah jurulatih pasukan bolasepak
negara itu yang berbangsa Jerman menerima bendera tersebut.
Penyerahan bendera sebelum mana-mana pasukan ke kejohanan sukan yang
besar dianggap sebagai satu majlis simbolik yang penting di seluruh dunia.
Bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi di peringkat negeri juga ia
berlaku.
Sebelum pasukan SUKMA Negeri Selangor berlepas ke Perlis tahun ini,
Menteri Besar Selangor telah menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen.
Bayangkan apa akan terjadi jika ketua kontinjen bersama-sama atlet-atlet enggan
menghadiri majlis penyerahan bendera oleh Menteri Besar? Perkara yang seperti
ini telah berlaku di Cameroon.
Oleh itu, tidak menghairankan apabila pasukan itu tersingkir dari
kejohanan bolasepak berprestij tersebut. Habuan kewangan telah diletakkan lebih
tinggi dari maruah negara. Pasukan-pasukan lain bermain bermati-matian untuk
menaikkan nama negara mereka tetapi nampaknya pemain-pemain Cameroon itu
bermain untuk mendapatkan bonus walaupun ramai dari mereka menerima gaji yang
tinggi bermain di liga-liga utama di Eropah.
Apabila mereka enggan menerima bendera itu, mereka telah gagal menghormati bukan sahaja Presiden tersebut tetapi negara mereka dan seluruh rakyat Cameroon. Tindakan mereka ini telah dikecam oleh akhbar-akhbar republic Afrika itu. Tetapi apakah pengajaran dari keangkuhan ini?
Apabila mereka enggan menerima bendera itu, mereka telah gagal menghormati bukan sahaja Presiden tersebut tetapi negara mereka dan seluruh rakyat Cameroon. Tindakan mereka ini telah dikecam oleh akhbar-akhbar republic Afrika itu. Tetapi apakah pengajaran dari keangkuhan ini?
Pengajaran
pertama adalah kepentingan diri perlu diketepikan demi kepentingan ramai.
Matlamat ramai itu lebih penting dari matlamat individu. Sama ada di dalam
sebuah negara ataupun sebuah organisasi, matlamat atau kepentingan ramai
itu perlu diutamakan.
Nasib
yang menimpa Cameroon mungkin telah berlaku apabila kepentingan peribadi
mengatasi kepentingan ramai. Saya tidak mengatakan bahawa pemain-pemain
Cameroon telah menjual perlawanan kerana tidak mendapat bonus yang diinginkan.
Tetapi suasana yang tidak harmoni itu telah membuka ruang kepada pelbagai
spekulasi.
Di
dalam dunia ini memang terdapat ramai yang sanggup melihat matlamat yang lebih
besar gagal semata-mata kerana mereka gagal mencapai matlamat peribadi mereka.
Contoh
di dalam politik, oleh kerana tidak mendapat projek atau peruntukan dari
kerajaan negeri mungkin ada yang mendoakan Pakatan Rakyat kalah di Selangor.
Janganlah
juga kita merasakan diri kita lebih besar dari apa saja organisasi yang kita
anggotai.
Apa
yang berlaku kepada Cameroon bukanlah kali pertama di dalam pentas Piala Dunia.
Pertelingkahan di antara pemain dan persekutuan bolasepak mereka pernah berlaku
sebelum ini. Inilah akibatnya apabila terdapat pemain-pemain yang merasakan
diri mereka lebih besar dari negara mereka.
Pada
edisi 1974 di Jerman dan 1978 di Argentina, pemain-pemain Belanda memakai
2 jenis jersi. Walaupun jersi mereka masih berwarna oren tetapi ada yang
mempunyai 3 jalur dan ada yang mempunyai 2 jalur. Mungkin ini kali pertama
sebuah pasukan memakai 2 jenis jersi di dalam satu perlawanan.
Inilah
gara-gara untuk memuaskan hati pemain-pemain yang ditaja oleh syarikat yang
berbeza. Ada yang ditaja oleh Adidas dan yang ditaja oleh Puma. Ada yang
mengugut untuk tidak bermain jika tidak dapat memakai jenama jersi pilihan
mereka.
Pada
Kejohanan Eropah di Belgium tahun 1980 pula persekutuan bolasepak negara itu
hanya menyediakan satu jenis jersi iaitu jersi Adidas dengan 3 jalur. Tetapi
terdapat memain yang memprotes dengan menutup lambang Adidas pada baju mereka
dengan pita plastik.
Generasi
pemain-pemain Belanda ketika itu dikatakan yang terbaik pernah dihasilkan
dengan legenda-legenda seperti Johan Cruyff, Johan Neesken dan Johnny
Rep. Tetapi mereka gagal meraih sebarang kejuaraan walaupun telah memasuki
perlawanan akhir di Jerman dan Argentina. Mungkin sikap pemain-pemain adalah
penyebabnya.
Begitulah
juga sebuah organisasi. Mungkin terdapat individu-individu yang hebat tetapi
tanpa sikap yang betul tidak akan tercapai matlamat.
SELAMAT BERJUANG
Iskandar
Abdul Samad
Yang
Dipertua PAS
Kawasan
Pandan
Tel : 03
9283 3835
Emel :
isksmd@gmail.com
Blog :
iskandar56100.blogspot.com