Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

BINA DAN JUAL : Bahagian 2 - BOLA DI KAKI KERAJAAN.

Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Terdapat 2 pilihan jika kerajaan serius untuk melaksanakan Bina Dan Jual ( Build Then Sell ) atau BTS, sama ada kerajaan mewajibkan BTS atau menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju untuk melaksanakan BTS. Kerajaan juga boleh meletakkan syarat-syarat tambahan atau mengenakan penalti untuk memaksa pemaju melaksanakan BTS sehingga tidak ada pemaju yang mahu melaksanakan Jual Dan Bina ( Sell Then Build ) atau STB. Walau bagaimanapun insentif-insentif seperti keutamaan kelulusan dan pengecualian deposit pemaju perumahan yang pernah dicadangkan untuk BTS mungkin tidak cukup menarik kepada pemaju untuk bertukar dari STB kepada BTS. Menurut Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) ketika membatalkan polisi wajib BTS pada tahun 2015, BTS akan mengakibatkan pemaju terpaksa menggunakan dana mereka sendiri untuk projek-projek mereka. Dakwaan ini memang benar kerana dengan BTS tidak ada lagi pembayaran berperingkat ( progress payments ) seperti projek...

BINA DAN JUAL : Bahagian 1 - KEPENTINGAN SIAPA YANG PERLU DIDAHULUKAN?

Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Lazimnya rumah adalah merupakan pembelian yang termahal dalam kehidupan seseorang. Tetapi mereka perlu membayar terlebih dahulu sebelum ia siap dibina dan dapat berpindah ke dalamnya. Ia berbeza dengan produk-produk lain seperti kereta di mana anda membuat pembayaran apabila hendak menerimanya. Tetapi bagi rumah kediaman, anda akan mula membayar sebelum rumah anda siap. Anda akan membayar secara beperingkat-peringkat menurut kemajuan pembinaan di tapak. Jika anda mendapat pembiayaan dari bank atau institusi kewangan yang lain maka mereka akan melepaskan pembayaran menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan. Ianya adalah berdasarkan tuntutan dari pemaju. Ini bermakna pembeli akan memulakan pembayaran ansuran pinjaman mereka sebelum rumah mereka siap dibina dan diduduki. Ini berbeza dengan mereka yang membeli kereta. Mereka akan hanya membayar ansuran pinjaman mereka setelah mereka menerima dan memandu kereta mereka. Contonhya bagi pembeli rumah kedia...

PENYAMPAIAN SUMBANGAN OPS SEJAHTERA 3.0 PADA 24 JANUARI 2021.

Sumbangan mereka yang memerlukan diteruskan hari ini walaupun ketika PKP kerana rakyat perlu makan walau apa keadaan sekalipun. Tetapi SOP dijaga untuk memastikan keselamatan semua. Tidak ada majlis tetapi hanya penyerahan di pintu pagar Pusat Tarbiyah Pandan ( PTP ), Pandan Indah.  Penyampaian telah dilakukan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Anuar, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga Pengarah Ops Sejahtera 3.0. Penyampaian hari ini adalah dengan kerjasama Saudara Nesa, seorang Mualaf daripada NGO Pertubuhan Budi Prihatin Masyarakat.

DI ANTARA PENERIMA SUMBANGAN "BACK TO SCHOOL" PAS KAWASAN PANDAN 2021.

 

PEMBANGUNAN SEMULA : Bahagian 2 - PERANAN KERAJAAN MENJAGA KEPENTINGAN PENDUDUK.

Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Penduduk asal juga mesti memastikan kos-kos akibat pembangunan semula tidak dibebankan ke atas mereka. Contohnya apabila kediaman mereka dirobohkan sudah tentu mereka memerlukan penempatan sementara sehingga pembangunan baru itu siap. Kos penempatan sementara itu perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Ini termasuk kos-kos sampingan seperti yuran penyelenggaraan kediaman sementara itu atau kos-kos perpindahan. Perpindahan ke kediaman sementara mungkin akan mengakibatkan kos pengangkutan tambahan kepada penduduk untuk ke tempat kerja dan anak-anak untuk ke sekolah jika tidak terdapat sekolah yang sesuai untuk mereka. Kesemua ini perlu diambil kira di dalam sebarang perjanjian yang akan mereka tandatatangani. Perlu jelas siapa yang akan menanggung semua kos-kos tersebut. Setelah pembangunan yang baru siap, penduduk sudah tentu akan hidup di dalam suasana yang berbeza. Mereka  sudah tentu akan menikmati kediaman yang lebih luas dan lebih selesa. Tetapi...

PEMBANGUNAN SEMULA : Bahagian 1 - PENDUDUK ASAL SEBAGAI "RAKAN KONGSI" YANG PERLU DIHORMATI.

Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Sejak akhir-akhir ini pembangunan semula kawasan-kawasan perumahan lama telah dibangkitkan. Kawasan-kawasan seperti pangsapuri kos rendah telah menjadi perhatian untuk dibangunkan. Pada 23 Disember lepas, kerajaan negeri Selangor menyatakan perancangan untuk membangunkan rumah-rumah pangsa yang uzur dan sedia mempertimbangkan permohonan mana-mana pemaju untuk membaikpulih perumahan terbabit. Malah sebelum pilihan raya umum 2018, kerajaan pusat mengumumkan akan mewujudkan satu perundangan baharu bagi membangunkan semula Projek-Projek Perumahan Rakyat ( PPR ) yang lama supaya selari dengan agenda bandar baharu. Pembangunan semula pangsapuri-pangsapuri usang ini adalah satu keperluan kerana terdapat pembangunan yang sudah tidak praktikal untuk dibaikpulih. Masalah yang dihadapi oleh penduduk adalah serius dan memerlukan tindakan yang drastik. Ketika saya Exco Perumahan Negeri Selangor, satu skim untuk membaikpulih perumahan berstrata telah diwujudkan pa...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Oleh Dato Iskandar Abdul Samad Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsa...