Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : CARA PEMILIHAN PEMBELI-PEMBELI RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR

Banyak pihak telah membuat pertanyaan tentang cara Kerajaan Negeri Selangor membuat pilihan untuk pembeli Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.

Buat masa ini 124 Rumah Mampu Milik sedang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Dijangka 10,000 Rumah Mampu Milik akan dibina oleh PKNS menjelang tahun 2016 di Gombak, Shah Alam, Kota Puteri, Antara Gapi dan Selangor Science Park II.

Pemaju-pemaju swasta juga akan membina Rumah Mampu Milik menerusi dasar perumahan Negeri Selangor yang baru.

Rumah Mampu Milik akan dikawal jualannya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Syarat-syarat kelayakan untuk membeli Rumah Mampu Milik adalah,

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas

3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan

4. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor

5. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik

6. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik

7. Pembelian Rumah Mampu Milik adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan

Pemilihan pembeli-pembeli Rumah Mampu Milik dilakukan berdasarkan markah-markah yang dijana sacara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik.

Markah-markah diberi berdasakan,

1. Pendapatan Bulanan Isi Rumah

2. Tanggungan

3. Kediaman Sekarang

4. Taraf Perkahwinan

5. Umur

6. Negeri Tempat Lahir

7. Tempoh Bermastautin Di Selangor

8. Orang Kelainan Upaya (OKU)

9. Warga Emas

10. Tempoh Pendaftaran

Pemohon-pemohon yang mendapat markah tertinggi akan disenarai pendek.

Contohnya bagi pembangunan di Bandar Baru Bangi, seramai 596 telah mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, hanya 124 pemohon yang mempunyai markah paling tinggi akan dipanggil untuk ditemuduga. Temuduga tersebut adalah untuk memastikan bahawa segala maklumat yang diberi melalui borang permohonan adalah benar.

Sistem pemilihan yang dilaksanakan ini adalah lebih telus dan bebas dari penyelewangan kerana pemilihan adalah berdasarkan kiraan markah oleh komputer.

Nama-nama pembeli yang berjaya akan dipaparkan di dalam laman web LPHS selama dua minggu selepas pemilihan.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
2 November 2011

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah t...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...