Skip to main content

EXCO AKUI TIDAK PUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Petikan Dari Blog "Selangor : Tanah Tumpah DarahKu",

EXCO AKUI TIDAK PUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad, mengakui beliau tidak berpuas hati dengan pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya projek pertama Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah dilancar pada 3 Jun lepas tetapi projek kedua di Kg Seri Temenggong, Gombak belum dilancar walaupun tapaknya telah dikenalpasti setahun yang lalu.

Iskandar menyatakan sedemikian di dalam menjawab pertanyaan YB Lau Weng San (DAP - Kg Tunku) pada Sidang Dewan Negeri Selangor yang berakhir pada 17 November lepas.

Menurut beliau, PKNS perlu mengatasi sebarang kelemahan jika mahu mencapai sasarannya membina 10,000 unit Rumah Mampu Milik. Lebih 1,500 unit dirancang akan bina pada 2012.

Walau bagaimanapun Iskandar berkata Rumah Mampu Milik yang dibina oleh PKNS tidak akan dapat memenuhi keseluruhan keperluan Rumah Mampu Milik di Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mengalu-alukan penglibatan pemaju-pemaju swasta membina Rumah Mampu Milik.

Beliau melporkan, permohanan-permohonan telah diterima dari pemaju-pemaju untuk membina Rumah Mampu Milik bagi menggantikan Rumah Kos Rendah di kawasan-kawasan di mana permintaan Rumah Kos Rendah adalah terlalu rendah.

Exco itu memberitahu, setakat ini 1 projek Rumah Mampu Milik dengan 136 unit sedang dibina di Sg Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta. Pemaju yang sama juga telah memohon untuk membina Rumah Mampu Milik dengan 536 unit di Seksyen U10, Shah Alam. Permohonan tersebut akan dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Exco.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi