Skip to main content

APABILA TIDAK ADA KESUNGGUHAN

Minggu lepas YB Jenice Lee, ADUN Teratai telah merobohkan gerai-gerai UPEN di pasar Taman Muda. Gerai-gerai itu telah terbiar untuk hampir 3 tahun. Ia adalah untuk menempatkan peniaga-peniaga Melayu di pasar tersebut yang sebelum ini berniaga di gerai-gerai usang di situ.

Peniaga-peniaga Cina di pasar itu telah pun mendapat gerai-gerai baru. Walau bagaimanapun, gerai-gerai baru untuk peniaga-peniaga Melayu telah menimbulkan kontroversi. Ia telah dipertikaikan kerana dikatakan dibina terlalu hampir dengan rumah-rumah kediaman dan akan mengganggu penduduknya.

Bagi mereka yang mempertahankan gerai-gerai tersebut berkata seluruh pasar Taman Muda terlalu hampir dengan rumah-rumah kediaman dan mengganggu penduduk tempatan. Mereka mempersoalkan kenapa hanya gerai-gerai orang Melayu dipertikaikan. Mereka menganggap ia sebagai satu usaha untuk menghalau orang Melayu keluar dari pasar yang majoriti peniaganya adalah kaum Cina.

Kumpulan yang mahu merobohkan gerai-gerai tersebut dipimpin oleh YB Jenice dan DAP. Manakala UMNO pula membela penyewa-penyewa gerai UPEN itu yang hampir 3 tahun telah hilang mata pencarian kerana tidak dibenarkan berniaga di sana.

Kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing. Masa depan gerai-gerai ini telah bincangkan di dalam pelbagai mesyuarat di MPAJ termasuk mesyuarat penuh ahli Majlis. Akhirnya keputusan telah dibuat untuk memindahkan peniaga-peniaga itu ke Lembah Jaya. Tetapi gerai-gerai UPEN itu tidak akan diroboh sehingga gerai-gerai baru dibina untuk mereka.

Walau bagaimanapun dengan tiba-tiba YB Jenice telah mengupah kontraktor yang telah merobohkan gerai-gerai itu pada hari Rabu lepas. Katanya beliau boleh melakukannya dengan kos yang lebih murah dari MPAJ.

Saya tidak mahu membincangkan dengan panjang lebar sama ada YB Jenice berhak untuk melantik kontraktor merobohkan gerai-gerai UPEN atau Kerajaan Negeri itu. Kita biarkan MPAJ menjalankan penyiasatan mereka dan menentukan apakah tindakan selanjutnya. Saya difahamkan pihak Polis juga telah dilibatkan. Biarlah tindakan selepas ini menurut saluran yang sepatutnya.

Tetapi saya ingin menarik perhatian kita semua kepada tindakbalas pihak yang mempertahankan gerai-gerai itu. Jika YB Jenice dan DAP begitu bersungguh-sungguh mahu merobohkan gerai-gerai sehingga sanggup mengupah kontraktor tetapi tindakbalas UMNO agak hambar. Kebanyakan peniaga-peniaga Melayu itu adalah penyokong-penyokong mereka jika tidak ahli-ahli UMNO. Tetapi yang saya lihat hanya kenyataan-kenyataan akhbar dari Ketua UMNO Bahagian. Nampaknya bukan saja UMNO gagal sebagai kerajaan tetapi gagal sebagai kumpulan pendesak atau 'pressure group'.

Kalaulah PAS berada di tempat UMNO sudah tentu dalam masa 24 jam kita telah mengedarkan ribuan risalah, mengumpul ratusan untuk berdemonstrasi atau berarak ke sini dan berarak ke sana. ADUN yang terlibat tidak akan aman memijak bumi. Tetapi ini UMNO bukan PAS. Mereka telah terlalu selesa sebelum ini dengan hampir 50 tahun hidup di dalam kemewahan. Sekarang sebagai pembangkang mereka kaku dan terpinga-terpinga.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi