Skip to main content

Alahai Johor....

Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar.

Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Walau bagaimanapun begitulah kisahnya rakyat Johor atau dengan lebih tepat lagi pengundi kawasan DUN Tenang. Setelah memberi kemenangan kepada calon BN, mereka berhadapan dengan ujian yang begitu besar.

Mungkin ujian bagi wakil rakyat baru. Sama ada bertungkus lumus semasa berkempen sahaja atau terus turun padang setelah 'menang besar'.

Ramai juga yang hairan macam mana boleh 'menang besar'. Ada Muslimat yang merayu undi berkata sehingga jam 1 petang hanya beberapa kerat yang mengundi. Pelik bagaimana jumlah yang keluar mengundi 71%.

Mungkin orang Johor belum bersedia untuk berubah seperti orang Selangor atau orang Kedah. Tapi di negeri kubu kuat Umno ini, PAS sudah ada 2 kerusi DUN. Menang di peti undi, bukan menang di atas sebab-sebab teknikal.

Saya yakin orang Johor akan berubah. Sejarah menunjukkan pemerintahan negeri Johor sering berubah.

Asalnya Johor diperintah oleh keturunan Sultan Melaka. Setelah Sultan Mahmud mangkat di julang di Kota Tinggi dalam tahun 1699, pemerintahan negeri Johor berpindah kepada keturunan Bendahara.

Kemudian ia berpindah pula kepada keturunan Temenggong ketika Raffles merampas Singapura melalui tipu helahnya.

Jika begitu sejarahnya negeri Johor, Umno juga akan mengalami nasib yang sama seperti Sultan Mahmud. Tapi bukan kecundang di julang tetapi kecundang di peti undi.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan