Skip to main content

"LAWMAKER OR WELFARE OFFICER"

Saya amat bersetuju dengan komen Tok Ngah bahawa seorang ADUN atau ahli Parlimen adalah seorang "lawmaker" dan bukan pegawai kebajikan atau "banker"

"Lawmaker" atau penggubal undang-undang sepatutnya menjadi tugas utama atau "job specs" utama seorang wakil rakyat.

Walaupun di negara bukan negara maju seperti Malaysia, wakil rakyat perlu juga membantu rakyat di dalam menyelesaikan masalah harian mereka seperti longkang tersumbat, sampah tidak diangkat, tidak cukup duit untuk membeli buku sekolah anak atau sokongan untuk mendapat lesen berniaga tetapi ini bukan tugas utama mereka.

Memang tidak dapat dinafikan majlis-mejlis perbandaran akan bertindak dengan lebih pantas jika ada campurtangan YB tetapi kerja YB yang paling utama adalah sebagai pembuat dasar.

Sebagai Exco Perumahan saya didatangi ooleh rakyat yang mahu kerajaan negeri menyelesaikan masalah perumahan mereka seperti kes-kes perumahan terbengkalai. Saya terpaksa berjumpa dengan pembeli yang sudah "mati akal", rumah tidak siap tetapi ansuran bank terpaksa dibayar setiap bulan. Kadang-kala hampir separuh masa setiap hari adalah untuk bertemu para pengadu. Ramai juga yang merupkan pengadu "walk-in". Begitu tingginya harapan rakyat terhadap kerajaan yang baru ini.

Sebenarnya kerajaan negeri ada sebuah badan yang dinamakan Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor untuk menerima aduan dan menangani masalah-masalah perumahan.

Adalah lebih baik sekiranya sebahagian besar aduan ini dikendalikan oleh badan yang sepatutnya dan saya memberi tumpuan kepada perkara-perkara pokok seperti polisi dan dasar untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu rakyat.

Saya mungkin dapat memberi "personal touch" mendengar masalah-masalah rakyat tetapi saya perlu diberi masa untuk memikirkan penyelesaian menyeluruh bagi mesalah yang dihadapi.

Begitu juga di peringkat Parlimen atau DUN, wakil rakyat memberi tumpuan kepada masalah-masalah di akar umbi tetapi kadang-kala lupa akan perkara pokok yang terpaksa diselesaikan. Akar umbi penting tetapi sekiranya perkara pokok ini dapat diselesaikan maka masalah-masalah di peringkat akar umbi akan turut selesai.

Contohnya sekiranya bumbung rumah kita bocor maka kita tidak akan terkejar-kejar mop lantai memastikan lantai itu tidak merbahaya. Mungkin isteri atau anak kita akan melakukannya tetapi tugas yang paling utama adalah untuk menutup kebocoran itu. So get to the root of the problem!

22 April 2008

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi