Sunday, February 5, 2012

Penyampaian bantuan kepada penduduk Pangsapuri Seri Cahaya, Pandan Cahaya 5 Feb 2012.

Penyampaian bantuan kepada penduduk Pangsapuri Seri Cahaya, Pandan Cahaya 5 Feb 2012.

Majlis Kesyukuran Sempena Kelulusan Permohonan Tanah Penduduk Kg Bendahara.

Satu majlis kesyukuran sempena kelulusan Exco permohonan tanah 279 penduduk Kg Bendahara akan diadakan seperti berikut,

Tarikh - Isnin 6 Feb 2012

Masa - 12 tgh hari

Tempat - Tapak kedai, Jalan 4A, Kg Bendahara, Batu Caves. (Jalan ke Hulu Yam di hadapan projek Bukit Botak)

Tetamu khas - YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan Selangor.

YB Iskandar telah menyemak permohonan penduduk tahun lepas.

Penduduk telah menduduki tanah mereka lebih kurang 20 tahun.

Wartawan dan jurufoto dijemput hadir membuat liputan.

Terima kasih.

Saturday, February 4, 2012

Singgah solat zuhur bersama petugas-petugas Semarak Hijau Chempaka di Balai Islam, Pandan Mewah selepas jamuan rakyat 5 Feb 2012.

Majlis pelancaran program mengecat pangsapuri Taman Cahaya di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA pada 4 Februari 2012.

Lawatan ke Projek Perumahan Kos Rendah Sg Tangkas, Bangi pada 3 Februari 2012.

Lawatan ke Projek Perumahan Kos Rendah Sg Tangkas, Bangi pada 3 Februari 2012.

Projek telah dimulakan dalam tahun 2003 maka sepatutnya siap pada tahun 2006. Sehingga hari ini projek ini hanya siap 70 peratus.

Projek ini mengandungi 5 blok pangsapuri dengan 100 unit kediaman di setiap bok.

Menurut pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang turut sama dalam lawatan tapak itu, projek ini mengalami defisit lebih kurang RM7 juta.

Pemaju telah juga berjumpa dengan MPKj untuk mengubah pelan yang telah diluluskan iaitu dengan menambah kedai-kedai di tingkat bawah blok-blok pangsapuri tersebut.

Walau bagaimanapun sehingga kini pemaju belum lagi memajukan sebarang pindaan kepada MPKj.

Kerajaan Negeri boleh merampas tanah projek ini kerana pemaju mempunyai cukai tanah yang tertunggak. Tetapi tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah defisit RM7 juta.

Pemaju mesti bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah ini.

Iskandar A. Samad
3 Februari 2012

Thursday, February 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : DAKWAAN HARGA RUMAH KOS RENDAH DI SEKSYEN U5 DINAIKKAN ADALAH TIDAK BENAR.

Dakwaan bahawa pembeli projek perumahan kos rendah di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam perlu menambah pembayaran atau "top-up" sehingga RM30,000 jika mahu rumah mereka disiapkan adalah tidak benar.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana pemaju menaikkan harga rumah kos rendah dengan sewenang-wenangnya walaupun ia melibatkan projek terbengkalai.

Harga rumah kos rendah dikawal oleh Kerajaan Negeri iaitu RM42,000 sebuah. Tetapi RM35,000 pula untuk peneroka bandar (setinggan) di mana subsidi RM7,000 dibayar oleh pemilik tanah tapak rumah peneroka bandar tersebut.

Pembeli-pembeli projek perumahan itu telah dijanjikan rumah sejak 1993 di zaman Barisan Nasional mentadbir Selangor. Walau bagaimanapun projek tersebut telah terbengkalai dan hanya dalam tahun 2010 ketika pentadbiran Pakatan Rakyat pemaju baru telah dengan secara rasmi mengambil alih. 

Pengambil alihan projek ini oleh pemaju baru dari pemaju lama adalah hasil rundingan di antara kedua-dua pihak. Kerajaan Negeri tidak pernah memaksa mana-mana pemaju projek terbengkalai menerima pemaju baru.

Di dalam pembentangan kepada YAB Dato Menteri Besar pada bulan Disember 2010, pemaju baru projek ini telah diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan sama sekali menaikkan harga rumah kos rendah. Malah mereka telah diarah untuk menanggung subsidi RM7,000 bagi setiap peneroka bandar.

Tetapi pemaju dibenarkan menukar 2 dari 6 blok rumah kos rendah yang belum dijual kepada rumah mampu milik supaya mereka dapat membiayai kos membaikpulih dan kos subsidi RM7,000 itu.

Sejak itu Kerajaan Negeri telah memantau kemajuan projek ini dari masa ke semasa.

Adalah diharapkan mereka yang mempolitikkan pelaksanaan projek ini agar berhenti dari melakukannya. Projek ini telah bertahun-tahun terbengkalai di bawah Barisan Nasional. Mereka telah gagal menyelesaikan masalah ini ketika Selangor di bawah pentadbiran mereka tetapi sekarang cuba berlagak seperti wira yang akan membantu rakyat.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
3 Februari 2012

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...