Wednesday, January 18, 2012

Sarapan yg disediakan di luar bilik MTES pagi ni - Ubi rebus, kelapa, sambal bilis, ikan kering dan kopi O.

Majlis penerangan bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan YB Dr Zulkefli Ahmad di Pangsapuri Jln 3/6, Pandan Indah 18 Jan 2012.

Gong Xi Fa Cai dari Dato Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor.

SPEKULASI POTFOLIO HAL EHWAL ISLAM

Saya yakin Dato' Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio Hal Ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada YB Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menyesuaikan diri sebagai Exco.

Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang Exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi.

Saya yakin Dato' Menteri Besar akan menyerahkan potfolio tersebut kepada YB Dr Yunus pada masa yang sesuai.

Saya turut yakin YB Dr Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh YB Dato' Dr Hasan Ali.

Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung potfolio yang penting ini.

Iskandar A. Samad
18 Januari 2012

Sunday, January 15, 2012

Majlis Penerangan Sistem Trafik Baru Di MRR2 Selepas Upgrading

Tarikh : Isnin 16 Jan 2012

Masa : 3.30 petang

Tempat : Tkt 17, Menara MPAJ, Pandan Indah.

Tuan/Puan dijemput hadir bersama.

Terima kasih.

~YB Iskandar A. Samad,
Ahli Dewan Negeri Chempaka.

Seminar Media Baru anjuran Lajnah IT PAS Negeri yang telah dirasmikan oleh YB Iskandar A. Samad pada 14 Januari 2012.

Di antara perkara-perkara utama dalam ucapan perasmian YB Iskandar A. Samad,

- Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan sepenuhnya media-media baru seperti laman web, Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya bukan kerana ianya 'trend' masakini tetapi kerana kita tidak ada pilihan lain.

- Media baru merupakan saluran yang paling berkesan menghadapi media arus perdana BN.

- Pengendali media baru hendaklah bertanggung jawab dengan hanya menyiarkan berita-berita yang sahih dan bukan khabar-khabar angin atau perkara yang diadakan-adakan.

- Jika kita tidak bertanggung jawab maka kita akan jadi sama seperti BN dan rakyat akhirnya tidak akan percaya kepada kita.

- Tidak ada gunanya ada laman web atau ada akaun Facebook tetapi tidak dikemaskini kerana ia akan memberi imej yang buruk kepada kita.

- Serangan-serangan dari 'cybertrooper' UMNO dan BN hendaklah dijawab atau ditangkis dengan pantas.

- Perlu ada 'direct link' di antara Kerajaan Negeri dan Parti agar Parti dapat membantu menjawab serangan-serangan ke atas Kerajaan Negeri dalam tempoh masa yang singkat.

Ziarah Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah, Lorong C1, Kg Pandan pada 15 Januari 2012.

Wednesday, January 11, 2012

YB Iskandar berjaya dapatkan pampasan RM29,349 untuk mangsa banjir Pangsapuri Inai, Pandan Indah.

Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka, YB Iskandar A. Samad telah berjaya mendapatkan pampasan bagi mangsa-mangsa banjir di Pangsapuri Inai, Pandan Indah dari kontraktor kerja-kerja menaiktaraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kontraktor tersebut, Panji Bersatu Sdn. Bhd., telah bersetuju membayar sejumlah RM29,349 kepada 22 orang penduduk yang mengalami kerugian akibat banjir yang berlaku tahun lepas.

Banjir itu telah dikenalpasti berlaku akibat kerja-kerja menaiktaraf itu.

YB Iskandar telah menyampaikan cek-cek pampasan itu dalam satu majlis ringkas pada 7 Januari lepas.

Beliau telah mengalu-alukan pihak kontraktor yang telah bersetuju membayar pampasan tersebut.

YB Iskandar juga telah mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pengurusan dan Persatuan Penduduk yang telah membantu menyiapkan tuntutan penduduk.

Turut hadir pada majlis hari itu adalah Ahli-Ahli Majlis MPAJ, Cik Lee Shok Jing, Haji Meor Rithuan Mohd. Said dan Abdul Jalil Haji Hasan. Pegawai Khas YB Iskandar, Rodzi Man telah juga hadir.

Penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang pada 6 Jan 2012 oleh YB Iskandar A. Samad sebanyak RM20,000.

Pada 6 Januarl lepas YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menyampaikan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kepada KAFA Integrasi Al Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang.

Pengetua KAFA itu, Ustaz Diman Abdullah telah menerima cek bernilai RM20,000 dari Iskandar.

Menurut Iskandar, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pendidikan agama dan telah memperuntukkan RM6 juta kepada sekolah-sekolah agama setiap tahun.

Abdul Jalil Hasan, Pengerusi KAFA itu, berkata di zaman Barisan Nasional mereka pernah memohon bantuan dari Kerajaan Negeri tetapi ditolak di atas alasan status tanah di mana sekolah itu dibina tidak jelas.

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...