Thursday, December 8, 2011

Program bersama PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang 4 Dis 2011.

Program bersama PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang 4 Dis 2011.

Program bersama PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang 4 Dis 2011.

Program bersama PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang 4 Dis 2011.

8 Dis 2011 - Lawatan ke gerai-gerai UPEN dekat stesyen LRT Pandan Jaya untuk melawat tapak surau bagi peniaga-peniaga.

8 Dis 2011 - Lawatan ke gerai-gerai UPEN dekat stesyen LRT Pandan Jaya untuk melawat tapak surau bagi peniaga-peniaga.

8 Dis 2011 - Lawatan ke Pasar Pandan Jaya untuk menentukan kerja-kerja naiktaraf yang akan dilaksanakan.

KENYATAAN AKHBAR - BANTAHAN RAKYAT TERHADAP PEMASANGAN PAPAN IKLAN UNIPOLE DI TAPAK KOSONG BERSEBELAHAN LOT IKS KG. PANDAN : MPAJ WAJAR MEMBERI PERHATIAN

Saya telah meneliti bantahan penduduk dan mendapati ianya wajar diberi perhatian oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Oleh yang demikian saya berharap MPAJ dapat mengkaji semula akan pemasangan papan iklan unipole itu.

Walaubagaimanapun, saya telah memahami MPAJ telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pengiklanan terbabit. Syarikat tersebut telah juga disyaratkan untuk membina kemudahan rekreasi di tapak itu. Maka MPAJ berkewajipan mengusahakan satu penyelesaian 'menang-menang' atau 'win-win' untuk semua pihak.

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan terlibat, saya akan sentiasa menitikberatkan kepentingan dan keselamatan rakyat. Sehubungan itu saya berharap MPAJ akan mengadakan satu pembentangan dan dialog bersama penduduk.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
ADN Chempaka
8 Disember 2011

Wednesday, December 7, 2011

BANTAHAN RAKYAT TERHADAP PEMASANGAN PAPAN IKLAN UNIPOLE DI TAPAK KOSONG BERSEBELAHAN LOT IKS KG. PANDAN

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjunjung konsep Kerajaan yang telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan rakyat.

Bertolak dari semangat itu, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kg. Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kg. Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2.

Saya juga difahamkan penduduk akan mengadakan satu sidang akhbar di tapak tersebut pada 8 Disember 2011 pada jam 10.30 pagi .

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, saya sentiasa akan menitikberatkan kepentingan penduduk.

Oleh itu, saya bersedia memberi sokongan kepada bantahan penduduk sekiranya ianya wajar.

Iskandar bin Abdul Samad

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan

Negeri Selangor

ADN Chempaka

7 Disember 2011

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...