Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

300 BERPELUANG MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK "RUMAH SELANGORKU".

300 org pemohon akan dipilih untuk ditawarkan Rumah Mampu Milik "Rumah Selangorku" yang dibina oleh PKNS di Seksyen U12, Shah Alam dan PNSB di Sutera Damansara, Petaling Jaya. PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri dan PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. Rumah-rumah tersebut dijangka boleh diduduki pada akhir tahun 2016 Sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri. Pemohon-pemohon  yang berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik. Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria-kriter ia diri mereka. Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi. Di antara kriteria-kriter ia lain yang dinilai adalah pend...

KEMPEN TERBUKA ADIL UNTUK SEMUA

Mungkin PAS juga perlu mencontohi UMNO di dalam pemilihan jawatan-jawatan di dalam parti. Iaitu dibenarkan berkempen secara terbuka.  Kita perlu mengakui bahawa terdapat kempen-kempen dijalankan. Lebih baik kempen-kempen ini dikawal dan dipantau dari ia dibiarkan berjalan tanpa kawalan dan pemantauan. Jangan pula kita cuba menutup mata kepada realiti kerana kempen juga berlaku untuk pemilihan jawatan-jawatan di peringkat akar umbi. Ini tidak menghairankan kerana yang menang berpeluang menjadi calon PRU, ahli Majlis atau Ketua Kampung. Jangan juga menjadikan berlumba-lumba membuat kebajikan sebagai alasan kerana amalan tidak bertegur sapa dan boikot memboikot telah berlaku akibat daripada perebutan jawatan.  Sebelum PRU13 ada yang menghantar wakil berjumpa saya mendesak saya menandatangani surat kepada pimpinan menyokong beliau menjadi calon. Saya enggan dan hingga ke hari ini hubungan saya dengan mereka tidak baik.  Oleh itu, lebih baik kempen ini dilakukan seca...