Hadir bersama keluarga petang tadi. Seperti setiap tahun penuh sesak. Mungkin 20,000. Tahun ini agak sempit. I City tidak seluas di SUK atau SACC. Tetamu istimewa seperti OKU terpaksa beratur panjang dan menunggu lama kerana tidak cukup tempat duduk. Mujur tidak ada yang pengsan. Mungkin elok balik semula ke SUK tahun depan. I City mungkin menarik untuk melihat lampu-lampu di waktu malam tapi bukan untuk majlis sebesar ini. Lagipun kalau ada premis milik kerajaan negeri atau GLC, lebih baik buat majlis resmi di situ. Nanti ramai pula yang berkata-kata. Biasalah zaman internet, banyak pula andaian kenapa buat di situ dan di sini. Saya tahu banyak sms berlegar kenapa banyak sangat majlis kerajaan negeri di I City. Tapi saya yakin MB boleh jawab tuduhan itu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN