Skip to main content

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP PENGLIBATAN PERKASA DI DALAM PROGRAM Y.A.B. PERDANA MENTERI DI PADANG PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) PANDAN INDAH PADA 2 OKTOBER 2010.

Saya telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang menyuarakan
kebimbangan mereka terhadap penglibatan PERKASA di dalam program Y.A.B.
Perdana Menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada
2 Oktober ini.

Ini adalah kerana terdapat khabar-khabar angin bahawa program tersebut adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.

Walaupun pihak penganjur telah menghubungi saya dan memberitahu PERKASA
tidak terlibat tetapi akhbar SINAR HARIAN halaman S11 melaporkan pihak penganjur telah menjemput pemimpin PERKASA ke majlis tersebut.

Oleh itu, penduduk bimbang penglibatan PERKASA akan memberi kesan yang buruk kepada hubungan antara kaum di kawasan DUN Chempaka, kawasan DUN di mana
majlis itu akan diadakan.

Hubungan antara kaum di Chempaka dan kawasan Parlimen Pandan adalah begitu
baik sekarang ini maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis itu.

Maka saya berharap Y.A.B. Perdana Menteri dan pihak penganjur akan turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis ini telah mendapat publisiti yang buruk dan telah mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Saya yakin Y.A.B. Perdana Menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemar akibat majlis ini.

Saya tidak menentang aktiviti pertubuhan seni silat tersebut atau mana-mana pertubuhan seni silat malah ia merupakan satu aktiviti yang wajar digalakkan. Ia dapat membina keperibadian yang baik dan menerapkan nilai-nilai mulia di kalangan penggiatnya.

Walau bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya bertolak ansur dengan sebarang fahaman perkauman yang melampau. Tidak kira sama ada ia wujud di kalangan orang Melayu, Cina, India atau mana-mana bangsa sekalipun.

Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor
29 September 2010

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi