Apabila Konservatif mengambil alih kuasa dari Labour di Britain, di antara perubahan awal yang dibuat adalah menukar pimpinan tertinggi Tentera British.
Sebelum itu, terdapat khabar-khabar angin bahawa pimpinan Tentera telah menyembunyikan banyak fakta dari pimpinan Kerajaan Labour..
Hanyalah pimpinan Konservatif yang mempunyai "political will" untuk membuat pertukaran.
Saya bukanlah hendak menyanjung Konservatif tetapi tidak banyak kerajaan baru yang mempunyai "political will" seperti ini, mereka lebih suka mengekalkan "status quo" walaupun kadang-kala ia akan menyebabkan banyak perancangan mereka gagal.