Tetapi biarlah NGO yang benar-benar bebas, ikhlas dan yang tidak berkepentingan. Bukan boneka-boneka Umno. Atau yang mempunyai agenda yang tidak dapat diterima oleh semua pihak seperti Perkasa.
Ketua Pemuda Umno KJ ada berkata tentang peranan NGO untuk menyatukan orang Melayu. Beliau berkata ketika Umno lemah dan ketika beliau dimalukan dengan dinafikan sebarang jawatan di dalam kerajaan. Tidak ada pemimpin Umno yang bercakap tentang penyatuan atau peranan NGO ketika Umno masih bergigi. Tetapi saya menulis tentang peranan NGO ketika Pakatan Rakyat masih kukuh. Mempunyai majoriti dua pertiga di dalam DUN Selangor.
Walau bagaimanapun kita kena berjiwa besar, berani menerima apa saja teguran. Tetapi kadang kala apabila ada pendapat yang berbeza dengan kita maka kita akan melabelkannya sebagai Umno. Adakah ini wajar?
Kepada NGO-NGO, tidak ada gunanya bernaung di bawah Umno. Kita kerap melihat pelbagai NGO pergi kepada Umno untuk mendapatkan pembelaan. Masa Umno telah berlalu. Rakyat telah berubah. NGO-NGO juga mesti berubah.