Skip to main content

KENYATAAN MEDIA - PENJELASAN KEPADA ISU PENGAMBIL ALIHAN DEWAN ORANG RAMAI TAMAN PANDAN MEWAH

Berita pengambil alihan Dewan Orang Ramai Taman Pandan Mewah telah disiarkan di dalam siaran berita RTM1 awal pagi tadi.

Pihak KRT Taman Pandan Mewah mendakwa mereka telah dihalau keluar dari dewan tersebut oleh Pejabat saya. Kenyataan Pengerusi KRT itu menggambarkan seolah-olah dewan itu milik mereka.

Walau bagaimanapun, ingin saya jelaskan di sini bahawa dewan tersebut bukan milik KRT dan ianya bukan di atas tanah milik mereka.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada Mac 2008, kesemua dewan-dewan orang ramai di atas kawasan lapang, kawasan landskap dan tanah-tanah milik kerajaan yang lain mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan kemudian akan menyerahkannya semula kepada pihak-pihak yang boleh menguruskannya dengan adil. Iaitu pihak yang dapat memberi peluang kepada semua rakyat untuk menggunakan dewan-dewan tersebut.

Bagi Dewan Orang Ramai Taman Pandan Mewah, dalam tahun 2008 Pejabat saya telah menerima permohonan dari KRT Taman Pandan Mewah untuk mentadbir dewan tersebut.

Dewan itu telah digunakan oleh KRT itu sebelum pilihanraya umum 2008. Semasa kempen pilihanraya umum tersebut, dewan itu telah juga digunakan sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya Barisan Nasional. ADUN Chempaka ketika itu telah merasmikan bilik gerakan tersebut.

Pejabat saya telah mengambil jalan tengah dan telah memutuskan agar dewan itu ditadbir bersama oleh KRT dan penduduk tempatan. Setiap pihak akan memegang kunci kepada dewan tersebut.

Tetapi pihak KRT telah tidak menghormati akan keputusan ini.

Pejabat saya telah mendapat aduan dari penduduk tempatan bahawa pihak KRT telah menukar kunci dan mengakibatkan penduduk tidak dapat membuka dan menggunakan dewan tersebut.

Dewan itu telah juga digunakan sebagai stor barang-barang KRT seperti kerusi, meja, peralatan pejabat, perabot dan lain-lain lagi. Hampir suku dari dewan itu tidak dapat digunakan akibat dari kehadiran barang-barang tersebut.

Oleh itu, pentadbiran bersama yang dipersetujui telah tidak berlaku.

Selain dari itu, pihak KRT telah gagal mengemukakan jadual-jadual aktiviti mereka kepada Pejabat saya seperti yang diarahkan ketika keputusan penggunaan bersama dibuat. Jadual ini adalah agar tidak berlaku pertembungan aktiviti kedua-dua pihak.

Maka apabila Pejabat saya mendapati bahawa dakwaan-dakwaan ini benar, keputusan telah dibuat agar dewan tersebut diambil alih agar seluruh masyarakat di Taman Pandan Mewah mendapat peluang yang sama rata untuk menggunakannya.

Pejabat saya hanya akan menggunakan dewan tersebut pada pagi Isnin dan Jumaat ( 9.30 pagi hingga 12.00 tengah malam ) dan Rabu malam ( 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam ) untuk menerima aduan dari rakyat.

Hasrat ini telah diberitahu secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dato’ Mohammad Yaakob.

Oleh itu, diharap rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan KRT tersebut yang seolah-olah mereka adalah tuan punya dewan itu atau mereka sahaja telah diberikan kuasa untuk mentadbir dewan tersebut.

Tindakan mengambil alih Dewan Orang Ramai Taman Pandan Mewah telah membebaskannya untuk digunakan oleh orang ramai tanpa mengira fahaman politik.

Amalan menjadikan harta rakyat sebagai harta peribadi atau harta kelompok-kelompok tertentu tidak akan dibenarkan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / ADUN Chempaka
8 September 2010

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...