BN yang telah kehilangan punca di Selangor setelah gagal dengan isu pasir, isu orang bukan Islam memasuki masjid atau isu Bukit Botak telah cuba menjadikan projek Ukay Bistari sebagai satu isu politik.
Walau bagaimanapun bimbang isu ini akan melantun balik kepada mereka, Umno telah menggunakan pihak ketiga untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui Task Force akan terus memantau projek ini dan bertindak sebagai fasilitator agar ia dapat disiapkan menurut jadual. Tetapi pembeli-pembeli mesti memahami projek ini dibelenggu dengan pelbagai masalah maka perlaksanaannya sudah tentu akan terganggu.
Kerajaan Negeri menyedari tugas untuk memastikan projek ini siap adalah tidak mudah. Tetapi kerajaan sekarang bukan seperti kerajaan sebelum ini yang tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai.
Kerajaan Negeri tidak akan gentar menghadapi tohmahan pemimpin BN atau kuda-kuda tunggangan mereka.
Iskandar A. Samad
19 September 2010