Penyediaan kediaman yang baru adalah berdasarkan keperluan rakyat yang mempunyai keupayaan membeli yang berbeza.
Kerajaan Negeri akan mengenalpasti bilangan jenis-jenis kediaman yang diperlukan oleh rakyat agar terdapat bilangan kediaman yang secukupnya untuk semua.
Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti bilangan kediaman yang mampu dimiliki oleh mereka berpendapatan rendah yang perlu disediakan dan seterusnya untuk mereka yang berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana dan seterusnya.
Ini untuk memastikan jumlah kediaman yang dibina adalah sesuai dengan kemampuan dan citarasa mereka yang memerlukannya.
Usaha ini juga untuk memastikan tidak ada kediaman yang tidak dapat jual.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
25 Ogos 2010