Menteri Besar Selangor berkata Kerajaan Persekutuan boleh membina 200 bus stand di Selangor tetapi tidak boleh menampal iklan 1Malaysia seperti yang mereka rancang.
200 bus stand akan dibina dengan peruntukan sebuah kementerian Kerajaan Persekutuan.
Sebagai rakyat Selangor, saya mengalu-alukan hasrat membina bas stand itu tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Ianya adalah kempen secara halus Barisan Nasional untuk menawan semula Selangor.
Gambar hiasan : Bus stand seperti ini di DUN Chempaka akan diganti dengan bus stand 1Malaysia.
Nota : Maaf tidak ada posting sejak hari Ahad. Kena keracunan makanan, 2 hari terlantar di rumah. Pemandu saya pun kena, 3 hari MC.