Apabila saya membentangkan di seminar itu bahawa Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan rumah mampu milik generasi baru adalah di antara 750 hingga 850 kaki persegi, mungkin peserta dari negara-negara tersebut telah berkata kehidupan kita di Selangor begitu mewah.
Kerajaan Negeri telah mendapat persetujuan dari 3 pemaju untuk membina projek rumah mampu milik generasi baru atau rumah mampu milik dengan keluasan 750 hingga 800 kaki persegi. Ada di antara projek-projek itu yang telah dimajukan untuk mendapatkan kelulusan merancang.
PKNS juga akan membina projek rumah mampu milik di Bangi dengan keluasan 750 hingga 800 kaki persegi setiap unit. Projek ini telah dibentang di dalam OSC MPKj dan perlu dibentang semula untuk mendapat kebenaran merancang. Pembinaan dijangka bermula selewat-lewatnya bulan November.
Setakat ini hampir 1,000 rumah mampu milik generasi baru telah dipersetujui untuk dibina oleh 4 pemaju. Tetapi ini adalah hanya permulaan.
Dua keping tanah kerajaan telah juga dikenalpasti untuk dibina rumah mampu milik. Oleh itu, kalau ada yang berkata Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa atau Exco 'makan gaji buta', mungkin mereka hanya membaca Utusan Meloya yang tidak menyiarkan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat.