Semalam lepas buka puasa bincang dengan seorang ahli Majlis dan seorang Nazir Masjid tentang ada orang Islam yang buka puasa dengan nasi dan kicap aje. Bukan di Baling atau di Sik tapi di Pandan. Di S'gor yg dulu Khir Toyo kata negeri maju. Kenapa jadi begini setelah lebih 50 tahun Merdeka? Kerajaan, ADUN, ahli Majlis atau Masjid boleh tolong tapi bukan semua dan bukan sepanjang masa. Banyak kerja perlu dilakukan. Orang bercakap tentang peluang sama rata dalam ekonomi, pendidikan dan pekerjaan tapi bagi orang Islam seperti ini perjuangan mereka adalah untuk mendapatkan sesuap nasi. Ceritanya macam zaman Jepun tapi inilah realiti org Islam yang masih jauh di belakang. Kita sibuk berbahas tentang pilihanraya kerajaan tempatan, kuota perumahan Bumiputera dan tender terbuka tetapi bagi mereka seperti ini yg duduk 10 orang serumah dua bilik, isu-isu seperti itu macam berada di planet lain. Di sebalik Umnoputera hidup mewah dgn rakan-rakan Ali Baba mereka, Bumiputera sebenar masih merempat walaupun di tengah bandar yang serba maju. Mereka tidak pandai bersuara atau menghantar memorandum. Kitalah suara mereka. Kitalah lidah mereka. Kitalah tangan mereka.
Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...