Walau pun PM dan kebanyakan pemimpin republik itu bukan beragama Islam tetapi bukan semua 7-11 di sini yang menjual arak. Tidak ada undang-undang di dalam dunia yang mengatakan semua 7-11 wajib menjual arak.
Oleh itu, betullah tindakan MBSA merampas arak dari sebuah 7-11 di Shah Alam. Betullah juga tindakan Exco Selangor Dato' Hasan mempertahankan tindakan MBSA.
Dulu apabila terdapat cadangan agar 7-11 di kawasan majoriti Islam dilarang menjual arak, ada yang berkata ini akan menyusahkan mereka yang hendak membeli arak. Kononnya menidakkan hak mereka untuk meminum arak. Kalau benar menidakkan hak mereka yang hendak meminum arak, kenapa 7-11 di Singapura pun ada yang tidak menjual arak?
Arab Street
7.00 malam
2 Ogos 2010