Skip to main content

UMNO DAN SPR MASIH BELUM BERTAUBAT.

Kita semua bersedih di atas perkembangan di negeri Perak. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan bahawa UMNO dan SPR masih belum bertaubat.

Selepas pilihanraya umum yang lalu kita menyangka UMNO akan melakukan perubahan terhadap imejnya dan mungkin terhadap parti itu secara menyeluruh. Tetapi yang disaksikan oleh rakyat ketika usaha-usaha menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, UMNO tetap UMNO seperti UMNO sebelum PRU12.

Di dalam kesedihan dengan perkembangan di Perak, kita boleh menarik nafas lega kerana UMNO masih enggan berubah. Hanya Gerakan, MCA dan mungkin PPP yang bersungguh-sungguh cuba mengenalpasti kenapa BN ditolak pada PRU12. Tetapi UMNO masih mengekalkan imej dan modus operandi yang membuatkan BN ditolak rakyat pada 8 Mac lepas.

Oleh itu, saya yakin selepas rampasan kuasa di Perak, kemarahan dan kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN akan memuncak. Buktinya hanya pemimpin UMNO yang banyak membuat ulasan tentang perkembangan di Perak tetapi tidak pemimpin BN yang lain. Seolah-olah mereka tidak mahu terlibat kerana imej yang ditonjolkan kepada rakyat adalah terlalu buruk lagi menjijikkan.

SPR yang dikritik hebat pada PRU12 kerana enggan melaksanakan 'calit jari' membuktikan bahawa ia kekal sebagai 'kuda tunggangan' BN. Setelah memihak kepada BN apabila enggan menerima keputusan kerajaan yang dilantik rakyat, terang dan jelas kepada rakyat bahawa SPR masih belum lagi bebas dari kongkongan BN.

5 Februari 2009

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...