Skip to main content

Libatkan Ahli-Ahli Parlimen

Saya bersetuju dengan hasrat Dato' Menteri Besar Selangor agar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor terlibat di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kita mempunyai ramai ahli-ahli Parlimen yang berkaliber dan tidak wajar jika mereka tidak dimanfaatkan untuk membangunkan negeri.

Tambahan pula kita mahu Exco, ADUN dan ahli Parlimen bergerak seiringan. Exco dan ADUN selesa menyesuaikan diri sebagai kerajaan. Oleh itu, kita tentu tidak mahu ahli-ahli Parlimen masih mempunyai mentaliti pembangkang walaupun tugas mereka di Dewan Rakyat masih sebagai pembangkang. Di Selangor, di luar dewan mereka adalah kerajaan.

Penglibatan mereka di dalam mentadbir negeri juga akan dapat memberi gambaran yang jelas kepada mereka perkembangan-perkembangan terkini. Pengalaman ini lebih bermakna dari taklimat-taklimat. Kita tidak mahu ahli Parlimen tidak puas hati kerana mereka tidak memahami polisi kerajaan negeri. Dengan itu, dapatlah mereka membawa agenda negeri dan tuntutan negeri ke Parlimen.

Memahami realiti mentadbir negeri dan kekangan-kekangannya juga penting. Pernah seorang ahli Parlimen menelefon saya kerana mahu kerajaan negeri membeli rumah seorang penduduk di kawasannya yang akan dilelong oleh bank. Tidak semudah itu untuk mengeluarkan duit kerajaan negeri!

Tony Pua, Charles Santiago dan Dr.Zulkifli Ahmad membantu Menteri Besar di dalam rundingan dengan Syabas. Dr. Rosli Che Mat terlibat dengan portfolio Dr. Halimah Abdullah.Saya telah melantik Khalid Samad untuk menyelesaikan kes-kes tertentu di dalam portfolio saya.

Sumbangan mereka amat berharga. Mereka juga akan dirasakan sebahagian dari kerajaan negeri. Diharapkan tidak ada ahli Parlimen akan merasa terpinggir dan tersisih kerana jika ini berlaku, ia akan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Tenaga dan kepakaran mereka perlu disalurkan untuk yang bermanfaat. Cukuplah sekali dengan kontroversi Klang Sentral dan YB "Mike".

28 Februari 2009 (Hari ni birthday aku)

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...