Skip to main content

PUNGUTAN RM3 DI PASAR MALAM

Saya ingin memberi ulasan kepada isu pungutan di pasar malam yang sedang dijaja oleh pihak-pihak tertentu di Selangor.

Menurut mereka, pungutan yang dibuat oleh pengurus-pengurus pasar malam ini satu penindasan kerana para peniaga telah membayar kepada PBT untuk lesen perniagaan tahunan

Saya mengambil contoh kawasan MPAJ di dalam ulasan saya.

Para peniaga perlu membayar RM48 setahun untuk lesen bagi setiap tapak pasar malam. Lesen perniagaan dibayar oleh semua mereka yang menjalankan perniagaan sama ada di rumah kedai, warung atau di mana sahaja.

Selain dari lesen perniagaan, ada juga lesen-lesen lain seperti lesen pengiklanan sebagai sumber hasil PBT yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Para peniaga juga perlu membayar kepada pengurus pasar malam RM3 untuk setiap petak berniaga setiap minggu.

Bayaran yang dikatakan zalim ini digunakan untuk,

1. Mengupah pekerja-pekerja untuk mengutip sampah dan membersihkan seluruh kawasan pasar malam.

2. Mengangkut dan menghantar sampah ke tapak-tapak pelupusan sampah.

3. Menguruskan perjalanan pasar malam seperti pengagihan petak-petak perniagaan, mengawal lalulintas dan kawalan ketenteraman.

Kerja-kerja ini memerlukan pengurus menggaji pekerja. Tambahan pula, tapak pasar malam perlu dibersihkan sebelum keesokan hari.

Menangani konflik yang mungkin timbul di kalangan peniaga dan membanteras kehadiran pendatang asing juga bukan satu kerja yang mudah.

Terdapat mereka yang berkata minat hendak menguruskan pasar malam tetapi saya memberitahu mereka supaya berfikir dua kali. Ia bukan satu kerja yang mudah.

Jika menurut mereka yang berkata pungutan RM3 ini zalim, siapa yang akan menguruskan pasar-pasar malam? Dari mana duitnya untuk membayar gaji pekerja-pekerja? Dari mana duitnya untuk menyewa lori?

RM48 dari duit lesen tidak memadai jika hendak disalurkan kepada pengurusan pasar-pasar itu. Jika RM48 setahun maka hanya 92 sen seminggu. Jika di satu tapak itu ada 2 kali pasar malam seminggu maka 46 sen setiap kali berniaga. Tak cukup!

Para peniaga pasar malam pula tidak payah membayar sewa premis seperti mereka yang menyewa rumah kedai atau warung. RM3 ini merupakan sewa bagi mereka. Saya percaya ini adil.

24 Februari 2009

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...