Skip to main content

LEBIH PIRING DARI KAWAH

Media-media BN memang tidak akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan. Tetapi adakah ini bermakna kita terpaksa berdiam diri? Tidak membuat sebarang kenyataan?

Di dalam politik komunikasi adalah amat penting. Walaupun media-media BN akan berusaha untuk memburuk-burukkan Pakatan tetapi banyak maklumat-maklumat yang dapat disalurkan kepada rakyat melaluinya. Kita juga yakin rakyat semakin matang dan dapat mencium propaganda-propaganda BN.

Tidak salah mengeluarkan kenyataan tetapi perlu berhati-hati. Di Singapura, parti-parti politik pembangkang selalunya mengeluarkan kenyataan yang pendek, padat dan ringkas. Kadang-kala hanya 2 atau 3 perenggan sahaja. Mungkin ini kerana parti pemerintah, PAP, gemar menyaman mereka yang menentangnya.

Setelah hampir 20 tahun di dalam politik dan 1 tahun menjadi kerajaan, banyak perkara yang telah saya pelajari apabila berurusan dengan media. Contohnya untuk kenyataan akhbar, pastikan setiap ayat pada mana-mana kenyataan akhbar boleh “berdiri dengan sendiri” agar ia tidak boleh diputarbelitkan atau “taken out of context”.

Perkara ini terjadi kepada PAS Selangor di dalam kenyataan tentang kes “lembu dan kereta” melibatkan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataan itu menyatakan PAS Selangor berdiri teguh di belakang kempimpinan Tan Sri. Hanyalah di dalam beberapa ayat yang PAS Selangor menyatakan mahu ketelusan. Tetapi perkara ini yang dimainkan oleh media seolah-olah PAS tidak menyokong Tan Sri dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar. Bijak sungguh media BN tetapi siapa yang terperangkap?

Sebenarnya kita dapat membaca “modus operandi” media-media itu. Satu isu seperti kenyataan PAS Selangor itu akan dimainkan untuk sehari dua dan jika respon dari rakyat tidak seperti yang diharapkan maka isu itu akan dimatikan begitu sahaja. Isu tersebut hilang begitu sahaja selepas dua tiga hari. Mungkin tidak ada respon dari rakyat atau mereka ada banyak lagi masalah-masalah di dalam kepala mereka.

Tetapi yang menghairankan, rakyat telah lupa tetapi orang-orang kita yang memanjangkannya. Kalau dikaji strategi BN, jika kita menyambut provokosi mereka maka ianya tidak akan menjadi. Oleh itu, di dalam isu ini, kita telah terperangkap. Kita pula lebih dari BN. Lebih piring dari kawah. BN tidak bising, rakyat telah lupa tetapi kita pula yang panas di antara kita. Sungguh tidak bijak!

27 Februari 2009 ( Ye ye besok birthday aku )

Popular posts from this blog

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...