Tuesday, February 24, 2009

JANGAN MENARI BERSAMA MEREKA

Saya menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak melatah ketika berhadapan dengan pelbagai perkembangan terkini di Selangor.

Setelah kalah pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, BN telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menghapuskan keaiban mereka.

Di Perak mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat.

Saya yakin perkembangan-perkembangan terkini dirancang oleh BN bertujuan untuk memberi tekanan kepada PR sama ada untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan PR atau menganggu pentadbirannya.

Sebagai ahli-ahli PAS mereka tidak seharusnya mengikut rentak BN tetapi sentiasa berwaspada bahawa semua ini adalah satu permainan politik musuh.

Jangan pula BN memukul gendang dan mereka turut menari bersama. Jangan memasuki perangkap BN. Jangan pula menjadi lebih BN dari BN. Jangan menjadi tangan-tangan ghaib BN untuk menjatuhkan kerajaan PR.

Tetapi saya yakin perpaduan PR tidak akan dapat dipecahbelahkan ahli-ahli PAS bijak membaca keadaan.

Iskandar Abdul Samad
TPJ PAS Selangor 2
24 Februari 2009