Skip to main content

MC DAN JMB : Bahagian 1 - "KERAJAAN" KEEMPAT YANG DILUPAKAN Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad.

Kita semua sedia maklum tentang 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri dipilih pada pilihan raya sementara kerajaan tempatan hari ini dilantik oleh kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun terdapat satu lagi "kerajaan" yang mentadbirkan satu kawasan yang juga dipilih  secara demokratik. Walaupun bidangkuasa "kerajaan" ini adalah ke atas kawasan yang tidak sebesar kerajaan-kerajaan yang diketahui umum itu namun ada di antaranya yang bertanggungjawab ke atas ribuan rakyat dan melibatkan kewangan sehingga puluhan ribu malah jutaan ringgit.

"Kerajaan" tersebut adalah Perbadanan Pengurusan ( Management Corporation ) atau MC dan Badan Pengurusan Bersama ( Joint Management Body ) atau JMB yang bertanggungjawab mentadbir sebuah kawasan pembangunan berstrata. Pembangunan ini adalah pembangunan pelbagai tingkat seperti pangsapuri pelbagai kos, kondominium dan kompleks membeli-belah. Walau bagaimanapun MC dan JMB ini turut melibatkan rumah bandar dan rumah kedai.

Terdapat perbezaan di antara MC dan JMB. MC adalah bagi pembangunan di mana para pemilik telah mula menerima hakmilik strata sementara JMB adalah bagi pembangunan yang belum menerimanya.

MC dan JMB ini diberikuasa untuk mentadbir dan menyelenggara sesuatu kawasan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757. Akta ini telah berkuatkuasa sejak 2015. Ia telah menggantikan Akta Bangunan Dan Harta Bersama ( Penyenggaraan Dan Pengurusan ) atau Akta 663 yang berkuatkuasa pada 2007 dan telah dimansuhkan pada 2015. 

MC dan JMB mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang luas di bawah akta tersebut. Mereka bertanggungjawab menyelenggara dan membaikpulih sesuatu pembangunan serta mewujudkan peraturan-peraturan ( house rules ) untuk melicinkan pentadbiran sesuatu kawasan.

MC dan JMB ini berhak memungut yuran dari pemilik-pemilik kediaman untuk membiayai kos menyelenggara sesuatu kawasan pembangunan yang dinamakan yuran penyelenggaraan ( maintenance fees ). MC dan JMB ini juga bertanggungjawab untuk membaikpulih atau menambahbaik seperti membaikpulih lif atau mengecat semula facade bangunan. Justeru mereka berhak memungut yuran untuk satu tabung bagi menanggung kos kerja-kerja tersebut. Tabung atau kumpulan dana yang dipungut ini di namakan "sinking fund".

Bagaimana pula jika pemilik enggan membayar yuran-yuran tersebut? Ini bukan satu perkara yang luarbiasa kerana ia sering berlaku. MC dan JMB akan melaksanakan tindakan-tindakan untuk memastikan mereka yang enggan atau gagal itu membayar yuran mereka. Di antara tindakan-tindakannya adalah menghalang kenderaan mereka dari masuk ke kawasan pembangunan tersebut atau memotong bekalan air sekiranya masih menggunakan meter pukal. Terdapat juga yang menghalang penduduk menggunakan lif dengan "mematikan" smart card mereka yang terlibat.

Ketika saya merupakan Exco Perumahan Negeri Selangor dulu, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor ( LPHS ) membantu MC dan JMB membawa mereka yang ingkar ke mahkamah. MC dan JMB juga berhak menyita harta mudahalih ( movable assets ) pemilik.

Walaupun tindakan-tindakan MC dan JMB nampak kejam namun kejam lagi tindakan mereka yang enggan membayar yuran-yuran mereka. Semasa di dalam kerajaan dulu saya pernah melawat sebuah pangsapuri kos rendah yang menghadapi masalah kerosakan lif kerana yuran yang dipungut tidak mencukupi untuk membiayai kos penyelenggaraan. Akhirnya ibu-ibu mengandung dan warga-warga emas terpaksa menggunakan tangga untuk naik ke tingkat 12. Dari pemerhatian saya hampir setiap kediaman memiliki piring menerima siaran Astro walau bagaimanapun ada yang gagal membayar yuran penyelenggaraan mereka.

Oleh yang demikian MC dan JMB yang menyelenggara, mengurus, membuat peraturan dan memungut yuran mempunyai tanggungjawab dan kuasa seperti sebuah kerajaan. Pengerusi dan Jawatankuasa mereka dipilih dari kalangan pemilik pada mesyuarat agong oleh pemilik-pemilik yang tidak mempunyai yuran yang tertunggak.

Kita melihat orang bermati-matian berebut untuk menjadi Ahl Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) dan Ahli Majlis tetapi tidak ramai yang mahu menerajui MC dan JMB terutamanya bagi pembangunan kos rendah walhal bidangkuasa dan pengaruh mereka juga adalah besar.

Contohnya sebuah pembangunan yang mempunyai 600 unit kediaman boleh menampung lebih dari 2,400 penduduk dan mungkin juga lebih 1,000 pengundi. Ini sudah tentu akan menarik perhatian parti-parti politik pada musim-musim pilihan raya.

Di antara sebab kenapa ramai yang tidak bersedia melibatkan diri dengan MC dan JMB adalah kerana tanggungjawab yang berat dan mungkin hampir mustahil ( impossible task ) itu. Terdapat penduduk yang enggan atau berkeberatan untuk membayar yuran penyelenggaraan mereka tetapi mahu pembangunan mereka diselenggara dengan baik. Walau bagaimanapun terdapat pembangunan kos tinggi dengan baki akaun MC atau JMB sehinga berjuta-juta ringgit yang menjadi rebutan. Terdapat juga penyelewengan dengan MC atau JMB menganugerahkan kontrak-kontrak tanpa sebarang ketelusan.

Penduduk perlu melibatkan diri mereka di dalam MC dan JMB agar mereka dapat menentukan bagaimana pembangunan mereka diurus dan ditadbir. Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) menerusi Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ( COB ) boleh menyerahkan penyelenggaraan sesuatu pembangunan kepada syarikat pengurusan swasta jika tidak ada pemilik yang mahu bertanggungjawab tetapi kos yang akan ditanggung akan menjadi semakin tinggi. Peranan MC dan JMB adalah sama penting seperti seorang Ahli Majlis atau Ketua Kampung oleh wajar diberi perhatian. Tambahan pula bilangannya bukan kecil kerana terdapat lebih 17,600 skim pembangunan berstrata di Semenanjung Tanah Melayu dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

2 Oktober 2020

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi