PKNS akan membantu rakyat miskin di Kg Tebuk Pulai, Sabak Bernam untuk membaikpulih rumah mereka.
Ianya adalah sempena Program Khas Mesra Rakyat Menteri Besar di Sabak Bernam pada 26/11/2011.
Program baikpulih ini adalah ilham pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad.
Iskandar bersama-sama wakil dari PKNS telah melawat beberapa rumah yang dikenalpasti sebagai dhaif di kampung tersebut.
Hampir 30 buah rumah telah disenaraikan di bawah program ini.
Menurut Iskandar, program adalah salah satu usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati bersama kemakmuran negeri ini.
Walaupun katanya Kerajaan Negeri mahu setiap rakyat berusaha memajukan diri mereka sendiri tetapi terdapat golongan yang perlu dibantu.