Sunday, September 25, 2011

Penyampaian Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) kepada pemilik-pemilik rumah Taman Desa Bukit Bujang.

























Setelah menunggu lebih 8 tahun, pemilik-pemilik rumah Taman Desa Bukit Bujang, Ampang Pecah telah akhirnya menerima Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) mereka.

Satu majlis kesyukuran telah berlangsung pada 25/9/2011 di mana YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor telah menyampaikan 'mock up' sijil itu kepada wakil pemilik-pemilik.

10 orang pemilik telah juga menerima sijil mereka dari Iskandar sebagai simbolik tamatnya penantian pembeli-pembeli yang telah menduduki rumah mereka.

Menurut Iskandar, Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan telah memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah CF dan hakmilik banyak projek-projek perumahan. Ada yang telah tertangguh lebih 20 tahun.

Majlis yang diadakan di Ampang Pecah itu juga merupakan majlis Hari Raya bagi penduduk setempat.

Turut hadir adalah Norhisham Dahlan, Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Tukiman Nail, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor.