Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( COB MPAJ ) akan diarah untuk melakukan satu siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di Pangsapuri Grandeur Tower pagi tadi.
Kebakaran tersebut telah memusnahkan dua unit kediaman di tingkat paling atas iaitu tingkat 16.
Dalam satu lawatan ke tempat kejadian sejurus selepas api dapat dipadamkan, aduan-aduan berikut telah diterima dari pelbagai pihak,
1.) Para penghuni mengadu tidak ada sebarang penggera kebakaran (fire alarm) yang berbunyi. Mereka hanya bergegas turun meninggalkan bangunan tersebut apabila mendengar jeritan penghuni-penghuni lain.
2.) Pihak Bomba telah memaklumkan kenderaan mereka yang mempunyai 'skylift' tidak dapat memasuki kawasan pangsapuri tersebut. Perkara ini berlaku kerana laluan yang sempit ke laluan masuk pangsapuri itu dan kanopi yang dipasang.
Kita bernasib baik kerana kebakaran ini tidak mengorbankan nyawa. Walau bagaimanapun satu siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kita mungkin tidak akan bernasib baik di masa-masa akan datang.
Perkara-perkara yang melibatkan keselamatan penghuni tidak sepatutnya dipandang ringan.
Saya turut akan mengarahkan COB di seluruh negeri Selangor untuk mengarahkan semua JMB, MC atau ejen pengurusan untuk menyemak keberkesanan sistem perlindungan kebakaran ( fire protection system ) di pemajuan mereka.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
ADUN Chempaka
4 September 2011