Saturday, August 27, 2011

26 Ogos 2011 - Majlis Berbuka Puasa Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni bersama YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan di Flat Selayang Sejati, Bandar Baru Selayang.

YB Iskandar telah menziarahi seorang kanak-kanak istimewa di flat tersebut selepas majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Beliau telah juga menyampaikan bantuan kepada keluarga kanak-kanak tersebut bagi pihak Penyelaras DUN Taman Templer, Hj. Mohammad Abdul Rahman.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong.