Majlis telah dijayakan dengan kerjasama Kumpulan Yaasin Dan Marhaban Nurul Huda Pandan Jaya.
Bubur lambuk telah turut diedarkan kepada semua yang hadir.
Di dalam ucapan beliau Iskandar telah menyatakan harapan agar sumbangan tersebut dapat menceriakan Aidilfitri anak-anak itu.
Beliau juga menasihati mereka agar mengambil berat tentang pelajaran masing-masing.
