Sunday, August 21, 2011

21 Ogos 2011 - YB Iskandar berbuka puasa bersama penduduk pangsapuri kos rendah Bandar Baru Sg. Buluh.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad telah berbuka puasa bersama penduduk pangsapuri kos rendah Bandar Baru Sg. Buluh malam ini.

Program itu adalah sebahagian dari kempen 'Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni' anjuran pejabat beliau.

Satu tazkirah khas telah disampaikan oleh bekas pegawai JAIS, Ustaz Shafie Mat Nayan.

Turut hadir adalah Sdra. Khairudin Othman, Penyelaras DUN Paya Jaras dan ahli Majlis MBSA, Ustazah Mariam Abdul Rashid.

Di dalam ucapan beliau, YB Iskandar telah menegaskan betapa pentingnya semangat bantu membantu di dalam kehidupan di pangsapuri.

Kata beliau, di bawah akta yang diluluskan Parlimen dalam tahun 2007 setiap pangsapuri akan diuruskan oleh pemilik-pemiliknya.

Beliau juga memberitahu masyarakat kita di kampung-kampung terkenal dengan amalan gotong royong di mana mereka bersama-sama memastikan kesejahteraan kampung mereka. Iskandar mahu amalan ini diwujudkan di pangsapuri-pangsapuri.