Saturday, August 27, 2011

22 Ogos 2011 - Berbuka puasa di Surau Ubudiah, Pandan Indah.

YB Iskandar A. Samad telah menyampaikan ucapan dan peringatan selepas majlis berbuka puasa.

Beliau telah berharap supaya surau tersebut akan terus mempertingkatkan usaha agar ia kekal menjadi teras kepada masyarakat setempat.

Iskandar memberitahu penjajah pernah cuba memisahkan umat Islam dari masjid dan surau.

Katanya peranan masjid dan surau pernah disempitkan atau dihadkan oleh penjajah atau mereka yang curiga terhadap perkembangan Islam.

Tetapi kesemuanya sekarang telah berubah dan masjid dan surau di Selangor begitu aktif dengan pelbagai program.

Iskandar juga mengucapkan tahniah kepada pihak surau yang akan memasang wi fi di surau itu kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli kariah.