Saturday, March 19, 2016

DIALOG BERSAMA "OTAI" DI GOMBAK.





Pada 6 Mac 2016 satu majlis dialog YB Dato' Iskandar A. Samad (Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor) bersama "otai-otai" telah diadakan di restoran Kluang Station, Taman Samudera, Gombak anjuran PAS Kawasan Gombak sempena Sempena Hijau 2.0.

KHIDMAT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN DILANCARKAN.




KUALA LUMPUR, 19 Mac 2016 - Khidmat Malaysia perlu melahirkan pakar dalam misi menyelamat dan dalam waktu yang sama perlu bertindak pantas bila berlaku sesuatu bencana. Itulah hasrat YB Dato' Iskandar Abd Samad Naib Presiden PAS selaku Ketua Pengarahnya semasa melancarkan Khidmat Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan pada petang 18 Mac 2016 di Darul Ummah, Kampong Pandan.

YB Dato' Iskandar memaklumkan bahawa dalam usia muda iaitu 3 tahun penubuhan Khidmat Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), ia telah berjaya dalam hasratnya untuk menjadi sebagai sebuah badan penyelamat yang cekap disemua peringkat yang diperolehi melalui pelbagai latihan.

"Khidmat Malaysia mempunyai dua fungsi utama. Pertama ia akan  bertindak sebagai penyelaras terhadap pelbagai aktiviti kemanusiaan yang dilakukan oleh pelbagai unit dalam PAS. Kedua sebagai penaung kepada pelbagai kepakaran penyelamat semasa bencana" tambah YB Dato' Iskandar lagi.

Sementara itu Tuan Hj Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PAS disemua peringkat atas keperihatinan dan usaha kebajikan untuk  turun  ketengah-tengah  masyarakat. Ia sesuai dengan seruan alQuran untuk berlumba-lumba membuat kebajikan (fastabiqul khairat).

PAS mesti dilihat sebagai satu badan yang prihatin dan sensitif, bersedia turun ke lapangan pada bila-bila masa. Ia bukan sahaja sebuah badan syiasah atau dakwah, tetapi aktif dalam misi kemanusiaan dan kebajikan, tambah Tuan Pesuruhjaya lagi.

Dalam kata alu-aluannya, Pengerusi bagi Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Yaccob Omar  pula memaklumkan bahawa penjenamaan semula Khidmat Malaysia yang kini di bawah kelolaan YB Naib Presiden telah memberikan nafas baru bagi memastikan PAS berada di tengah-tengah  masyarakat memberikan khidmat kemanusiaan dan kebajikan.

Tuan Hj Che Othman Husin, mantan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang kemudiannya berkongsi pengalaman beliau. Pengisian beliau dalam program Bual Bicara menjurus kepada pelbagai tata-cara pengurusan bencana khususnya pihak agensi kerajaan.

YB Dato' Iskandar kemudiannya melancarkan Kenderaan Khidmat Malaysia yang terdiri dari beberapa buah kenderaan pacuan empat roda, van, lori dan pick-up truck.

Majlis pelancaran tersebut diserikan juga dengan pelbagai aktiviti menarik. Di samping pameran kegiatan Khidmat Malaysia, beberapa meja perkhidmatan Paramedic & Pemeriksaan Perubatan serta Dapur Rakyat juga dipertontonkan kepada umum.

PAS SERIUS UNTUK MENJADI "CHECK AND BALANCE" DI SARAWAK. 伊斯蘭黨志在"監督與平衡"砂拉越


1.) PAS serius di dalam  usaha untuk menjadi "check and balance" (semak dan imbang) di Sarawak.
伊斯蘭黨(簡稱伊黨)志在為"監督與平衡"砂拉越而努力。

2.) PAS telah mengerahkan seluruh jenteranya untuk memastikan PAS dapat memenangi beberapa kerusi ADUN pada pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada bulan Mac atau April ini.
伊黨已指示其全體選舉機制確保該黨能在三、四月份的砂州選舉中贏取數席。

3.) PAS akan bertanding pada 11 kerusi DUN dan sudah tentu bukan tujuan PAS untuk membentuk kerajaan.
伊黨將競選11個州議席,但目的不是要組成政府。

4.) Walau bagaimanapun PAS tidak akan bersekongkol dengan Barisan Nasional.
無論如何,伊黨將不會與巫統合作。

5.) PAS akan membawa suara rakyat menentang apa sahaja penyelewengan di samping mempertahankan hal-hak rakyat Sarawak.
伊黨將𣏌人民的心聲帶入州議會以對抗偏差,並捍衛砂州子民的權益。

6.) PAS akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan-kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri-negeri termaju di Malaysia.
伊黨將致力於落实砂州子民的利益,使之與国內最前進州屬同等水平。

7.) PAS juga bukan hanya sebuah parti untuk orang-orang Islam tetapi memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia.
伊黨也不只是一個服務伊斯蘭教徒的政黨,也為國內所有族群而努力。

8.) Di negeri-negeri seperti Selangor, wakil-wakil rakyat PAS telah berperanan dengan cemerlang di kalangan masyarakat bukan Islam.
在其他州屬如雪州,伊黨代議士已在非伊斯蘭社會扮演角色,並作出優良政績。

9.) Wakil-wakil rakyat PAS cukup prihatin kepada isu-isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.
伊黨代議士關注非伊斯蘭社會的議題如母語、教育、房屋、土地、福利與宗教場所。

10.) Oleh yang demikian tuduhan bahawa PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam adalah tidak benar.
有鍳於此,那些責難伊黨只照顧伊斯蘭社會的說词是不正確的。

11.) Walaupun sebelum memenangi pilihan raya, PAS Sarawak telah menjalankan usaha-usaha untuk membantu rakyat di bawah program-program seperti projek-projek kemudahan awam dan ekonomi untuk rakyat.
盡管還未贏得選舉,砂州伊黨已經努力在一些項目中提供公共設備和經濟上的協助予砂民。

12.) Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS untuk mewakili mereka pada pilihan raya negeri kali ini.
經上述工作基礎,盼砂民在即將來臨的州選中,讓伊黨擁有代表他們的機會。

YB Dato' Iskandar A Samadd
Naib Presiden PAS
14 Mac 2016
拿督依斯甘達阿都沙末
伊斯蘭黨全國副主席
2016年3月14日

TIDAK PERLU CEMAS DENGAN BLOK KETIGA.


Rakyat tidak perlu terkejut atau cemas dengan penubuhan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS.

Penubuhan pelbagai blok politik adalah satu perkara biasa di negara-negara maju.

Kerjasama sama di antara blok-blok terebut untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah adalah juga satu perkara biasa.

Di Selangor saya yakin penubuhan blok ketiga tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan PKR.

PAS masih mempunyai hubungan politik dan juga di dalam kerajaan bersama PKR.

Kami mempunyai matlamat yang sama untuk menumbangkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional dan mempertahankan kerajaan negeri.

Saya yakin semua akan besikap matang dan terbuka dengan penubuhan blok ketiga oleh PAS seperti di negara-negara maju.

Blok ketiga yang diusahakan oleh PAS pula tidak hanya terhad kepada parti-parti politik tetapi kepada NGO-NGO dan tokoh-tokoh negara serta masyarakat.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS
18 Mac 2016

Thursday, August 6, 2015

ARAHAN MENUNAIKAN SOLAT HAJAT.

Sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya mengarahkan ahli-ahli PAS Negeri Selangor menunaikan solat hajat sama ada berjemaah atau bersendirian mendoakan keselamatan rakyat dan negara kita.

Sejak-sejak akhir ini telah berlaku perkembangan-perkembangan yang amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi generasi akan datang.

Marilah kita berdoa agar rakyat dan negara ini sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

Agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan panduan supaya sentiasa berada pada jalan yang diredhai olehNya.

Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salahguna kuasa dan kezaliman.

Semoga doa-doa kita pada penghulu segala hari ini dimakbulkan oleh SWT.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
22 Syawal 1436 / 7 Ogos 2015

Penyerahan 90 borang ahli PAS pada Majlis Hari Eidulfitri PAS Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 2 Ogos 2015.


Majlis Hari Raya Eidulfitri PAS Negeri Sabah pada 1 Ogos 2015 di Kota Kinabalu.





Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih, Tanjung Aru, Putatan, Sabah pada 1 Ogos 2015.








Pertemuan Pesuruhjaya PAS Selangor Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan-Kawasan Pada 3 Ogos 2015 Meriah.






SAH GHB TIDAK BERANI TUBUH PARTI POLITIK BARU - ISKANDAR

SHAH ALAM, 5 OGOS 2015 : Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos.

Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka.

GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti.

"Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi tidak mahu keluar dari PAS.

"Saya menggesa kepada mereka (kumpulan progresif) yang bersama dengan GHB diatas alasan untuk menyertai parti baru agar meninggalkan GHB. Saya berharap mereka kembali bersama PAS yang begitu jelas halatujunya", ujar Iskandar.

Sabtu lalu, Iskandar yang Pesuruhjaya PAS Selangor berkata PAS sedia untuk menerima kembali kumpulan progresif berkenaan sekiranya hilang kepercayaan terhadap gerakan berkenaan.

Sebelum ini Iskandar turut memberi amaran kepada kepimpinan GHB agar tidak mendekati mana-mana pemimpin atau ahli PAS untuk menyertai gerakan itu dan seharusnya mencari ahli lain untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

Tuesday, July 28, 2015

ROMBAKAN DEMI KEPENTINGAN SEORANG INDIVIDU?

PAS Selangor melahirkan kerisauan di atas rombakan kabinet yang dilaksanakan pada hari ini. Pada hari ini, Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa menteri yang mempersoalkan isu 1MDB telah digugurkan. Ini merupakan isyarat jelas bahawa mereka digugurkan agar kepentingan Presiden UMNO terpelihara dan perhatian rakyat dialihkan daripada isu-isu besar yang melanda negara seperti 1MDB, Felda dan sebagainya. Selain itu, ini juga memaparkan tindakan-tindakan agresif yang mungkin membawa negara ke arah pemerintahan diktator.

Ini adalah bukti paling jelas bahawa UMNO kini sudah hilang arah dan tidak lagi berjuang demi agama dan bangsa. UMNO kini akan bergerak untuk memelihara kepentingan pemimpin tertentu dan menggerakkan jenteranya agar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu 1MDB dan pengurusan kewangan negara kepada isu-isu remeh. Namun, rakyat sudah sedar bahawa UMNO sudah tidak relevan dan telah dikotori oleh ketamakan kuasa dan kekayaan. Pertanyaan rakyat berkenaan isu 1MDB, Pembelian tanah oleh Tabung Haji, Saham Felda yang merudum dan korupsi di dalam MARA masih belum terjawab.

Harapan PAS adalah agar kuasa politik berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta meneladani amalan Salafussoleh dikembalikan. PAS kekal diatas dakwah Islam dan terus istiqamah berjuang menegakkan Islam. PAS Selangor akan terus menentang kebatilan UMNO dan terus memperjuangkan hak rakyat.

Persoalannya sekarang, apakah tindakan ahli-ahli UMNO? Adakah mereka akan berjuang menegakkan kebatilan dan kepentingan Presiden UMNO?

Ir Hj Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
28 Julai 2015

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...