Skip to main content

ROMBAKAN DEMI KEPENTINGAN SEORANG INDIVIDU?

PAS Selangor melahirkan kerisauan di atas rombakan kabinet yang dilaksanakan pada hari ini. Pada hari ini, Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa menteri yang mempersoalkan isu 1MDB telah digugurkan. Ini merupakan isyarat jelas bahawa mereka digugurkan agar kepentingan Presiden UMNO terpelihara dan perhatian rakyat dialihkan daripada isu-isu besar yang melanda negara seperti 1MDB, Felda dan sebagainya. Selain itu, ini juga memaparkan tindakan-tindakan agresif yang mungkin membawa negara ke arah pemerintahan diktator.

Ini adalah bukti paling jelas bahawa UMNO kini sudah hilang arah dan tidak lagi berjuang demi agama dan bangsa. UMNO kini akan bergerak untuk memelihara kepentingan pemimpin tertentu dan menggerakkan jenteranya agar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu 1MDB dan pengurusan kewangan negara kepada isu-isu remeh. Namun, rakyat sudah sedar bahawa UMNO sudah tidak relevan dan telah dikotori oleh ketamakan kuasa dan kekayaan. Pertanyaan rakyat berkenaan isu 1MDB, Pembelian tanah oleh Tabung Haji, Saham Felda yang merudum dan korupsi di dalam MARA masih belum terjawab.

Harapan PAS adalah agar kuasa politik berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta meneladani amalan Salafussoleh dikembalikan. PAS kekal diatas dakwah Islam dan terus istiqamah berjuang menegakkan Islam. PAS Selangor akan terus menentang kebatilan UMNO dan terus memperjuangkan hak rakyat.

Persoalannya sekarang, apakah tindakan ahli-ahli UMNO? Adakah mereka akan berjuang menegakkan kebatilan dan kepentingan Presiden UMNO?

Ir Hj Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan
PAS Negeri Selangor
28 Julai 2015

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...