Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

BAB 3 - BELAJAR BERENANG DI LAUT DALAM.

Dari London kami pelajar-pelajar baru telah menaiki bas ke Southampton. Di sana pelajar-pelajar senior telah menunggu kami. Tidak ada sebarang majlis sambutan yang khusus. Kami hanya dibahagi-bahagikan kepada rumah-rumah sewa yang telah disediakan untuk kami. Pelajar-pelajar senior telah mencarikan rumah-rumah dan pembahagian telah dibuat secara rambang. Selepas beberapa bulan terdapat mereka yang merasakan tidak sesuai dengan kediaman mereka dan telah berpindah. Ada di antara pelajar-pelajar baru ditempatkan bersama pelajar-pelajar baru. Ada yang ditempatkan bersama pelajar-pelajar senior. Ada yang ditempatkan di sebuah rumah. Ada yang terpaksa berkongsi bersama tuan rumah. Ada yang ditempatkan di atas kedai. Saya dan 3 lagi rakan telah ditempatkan di atas kedai menjual daging beralamat No. 51, Derby Road. Kebanyakan pemilik rumah-rumah yang kami sewa adalah berketurunan Pakistan. Rumah-rumah tersebut adalah berhampiran di antara satu sama lain. Kami ditempatkan di kawasan yang didiam

BAB 8 - DI ANTARA TOPKAPI DAN DOLMABAHCE.

Istanbul penuh dengan peninggalan-peninggalan dari zaman kegemilangan Daulah Uthmaniyah. Sebagai seorang pelajar Senibina ketika itu saya melihat apa yang pelancong-pelancong biasa tidak dapat melihat atau tidak perasan. Saya tidak hanya kagum dengan rekabentuk atau hiasan tetapi juga kagum dengan struktur dan teknologi yang digunakan oleh arkitek dan jurutera Uthmaniyah. Contohnya Masjid Biru yang mungkin tidak sebesar Masjid Negeri Shah Alam. Masjid Biru hanya boleh memuatkan 10,000 orang walhal Masjid Negeri seramai 24,000 orang. Ketinggian kubah Masjid Biru adalah 141 kaki dan tinggi menaranya adalah 210 kaki. Sementara ketinggian kubah Masjid Negeri adalah 350 kaki dan tinggi menaranya adalah 467 kaki. Walau bagaimanapun Masjid Biru siap dibina dalam tahun 1616 dan Masjid Negeri dalam tahun 1988. Masjid Biru siap dibina 372 tahun sebelum Masjid Negeri. Bayangkan negara kita pada tahun 1616. Adakah telah terdapat bangunan-bangunan sebesar Masjid Biru di negara kita ketika itu? Arki

BAB 7 - DIHALAU DARI MASJID.

Saya telah tiba di Istanbul dalam tahun 1989 beberapa hari sebelum Hari Raya Eidul Adha. Ia merupakan peluang untuk merasai suasana Hari Raya di Turki kerana sebelum itu pernah berhari-raya di England selain dari di Malaysia. Sehari sebelum Hari Raya saya telah bertanya kepada seorang ahli jemaah di Masjid Sultan Ahmad atau Masjid Biru jam berapa solat sunat Hari Raya keesokan hari. Saya terkejut apabila beliau berkata selepas solat Subuh. Selalunya di Malaysia malah di England ianya di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi. Saya fikir mungkin beliau tersilap kerana ketika itu Subuh masuk di Istanbul pada lebih kurang jam 4.00 pagi. Matahari naik atau syuruk pula adalah lebih kurang jam 6.00 pagi. Adakah solat sunat Hari Raya pada jam 6.00 pagi? Mustahil fikir saya. Tetapi betul apa yang saya diberitahu. Sejurus selepas solat Subuh mereka terus memulakan solat Hari Raya. Mungkin juga kerana mereka akan menunaikan ibadah korban selepas itu. Satu perkara yang menarik selepas solat adalah rama

BAB 6 - BEG DIGELEDAH DI ISTANBUL.

Saya amat tertarik dengan negara Turki kerana sejarahnya yang berkait dengan Daulah Uthmaniyah yang merupakan khilafah Islam yang terakhir. Daulah ini yang dikenali Barat sebagai "Ottoman Empire" telah tumbang selepas Perang Dunia Pertama hasil perancangan Barat dan Yahudi. Ketika saya tinggal di UK pada tahun-tahun 80'an saya dapat melihat kesatuan negara-negara Barat yang begitu padu. Sama ada NATO (North Atlantic Treaty Organisation) atau  EC (European Community) mereka bergerak senada dan ini merupakan kekuatan sumber mereka. Walhal negara-negara Islam pula berpecah dan bercakaran. Ketika itu saya selalu terfikir alangkah indahnya jika negara-negara Islam juga dapat bergerak senada seperti itu. Tetapi saya tidak melihat OIC (Organisation of Islamic Countries) sebagai pencetus kepada perpaduan negara- negara Islam. Saya melihat model sistem khilafah ketika zaman awal Islam sebagai inspirasi saya. Saya mengimpikan ditegakkan semula satu daulah dengan seorang khalifah. T

BAB 10 - MENCARI BALAI POLIS DI PARIS.

Bukan senang hendak mencari Balai Polis di negara yang kita tidak memahami bahasa penduduk tempatan. Begitulah pengalaman saya setelah kamera saya dicuri. Saya telah memohon bantuan dari mereka di asrama belia di mana saya tinggal untuk mencari Balai Polis terdekat kerana mahu membuat laporan Polis tentang kecurian tersebut. Bahasa adalah masalah utama kerana orang Perancis bangga dengan bahasa mereka. Jika anda bercakap Inggeris dengan mereka anda dinasihatkan untuk memulakan dengan beberapa perkataan Bahasa Perancis. Contohnya "Bonjour"  atau dalam Bahasa Inggeris "Good Day" atau "Hello". Kalau mereka membalas dan anda tidak faham, jawab sahaja, "Je ne sais pas" yang disebut "Jer ner say pah" atau "Saya tidak tahu". Kadang-kala walaupun mereka boleh berbahasa Inggeris tetapi jika anda tidak memulakan dengan Bahasa Perancis mereka tidak akan melayan anda. Lebih baik bercakap Melayu dari berbahasa Inggeris kerana dari pengalam

BAB 9 - "INSIDE OUTSIDE" DI PARIS.

Selalunya ketika cuti panjang pelajar-pelajar Malaysia di UK akan pergi melawat kawan-kawan mereka di bandar-bandar lain. Maklumlah sebagai pelajar keupayaan kewangan adalah terhad oleh itu jika hendak pergi bercuti yang paling menjimatkan adalah dengan menumpang di rumah kawan-kawan. Tidak perlu menyewa hotel. Kadang-kala makan minum pun ditanggung. Tambang keretapi pun adalah murah kerana penuntut-penuntut boleh membeli tiket dengan harga diskaun jika memiliki "Students Railcard". Selalunya kami akan melawat kawan-kawan yang pernah pergi ke sekolah yang sama ketika di Malaysia atau yang datang dari kampung yang sama. Tetapi terdapat juga mereka yang tiba di satu bandar tanpa mengenali sesiapa dan terus mencari orang Melayu untuk menumpang bermalam.  Selalunya jarang yang keberatan kerana mereka mungkin pernah berjumpa di Malaysia Hall di London ketika berurusan dengan pegawai-pegawai Jabatan Penuntut-Penuntut Malaysia atau Malaysian Students Department ( MSD ) atau semata-m

BAB 13 - RAMAINYA ORANG MACAM SEMUT.

Dari masjid saya telah kembali ke hotel juga dengan menaiki teksi. Pengalaman di masjid itu bukan satu-satunya pengalaman saya bertemu dengan masyarakat Islam Hangzhou. Saya telah juga makan di sebuah restoran makanan halal di bandaraya tersebut. Restoran itu lebih besar dari kedai makan di masjid dan memuatkan lebih ramai pelanggan. Berdasarkan pakaian mereka, mereka kelihatan lebih berada. Ramai yang datang bersama-sama keluarga seolah-olah meraikan sesuatu. Terdapat lebih banyak pilihan untuk pelanggan memilih dan kebanyakan makanan adalah bukan makanan tradisi orang Cina. Ianya adalah makanan orang Turkistan. Sejak Expo 2010, sektor kewangan Hangzhou telah berkembang dengan pesat. Bandaraya itu adalah ibu negeri wilayah Zhenjiang. Pada 2018, bandaraya ini berada di tempat ke 89 di dalam Global Financial Centres Index. Bandaraya ini juga memiliki zon industri teknologi tinggi ( Hangzhou Hi-Tech Industrial Development Zone ) yang dibuka sejak bulan Mac 1991. Hari ini ibu pejabat Alib

BAB 12 - DI MANA NEGARA ADALAH PARTI DAN PARTI ADALAH NEGARA.

Saya telah menghadiri Expo 2010 di Shanghai, China yang telah berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober. Tema expo itu adalah "Better Life - Better Cities". Sebagai Exco Perumahan Negeri Selangor ketika itu, saya merasakan expo tersebut adalah penting bagi potfolio saya. Exco-Exco lain telah turut hadir tetapi kami telah pergi secara berasingan. Saya telah pergi lewat sedikit dari rakan-rakan Exco yang lain iaitu dari 5 Oktober hingga 8 Oktober. Bersempena dengan Expo 2010 tersebut telah dianjurkan program-program lain. Saya telah menghadiri salah satu program itu iaitu Forum Harmonious Cities And Livable Life di Hangzhou, sebuah bandaraya 177 km ke tenggara Shanghai. Walaupun ia dinamakan forum tetapi ia bukan satu sesi. Ia merupakan siri beberapa  pembentangan dari tokoh-tokoh seluruh dunia. Forum di Hangzhou itu adalah di antara 6 forum yang dianjurkan di bandaraya-bandaraya di sekitar Shanghai sempena expo tersebut. Kami tiba di Shanghai pada sebelah malam. Dari Lapangan T

BAB 11 - BEKU DI HELSINKI.

Saya tiba di ibu negara Finland, Helsinki, pada awal pagi bulan Oktober 2012. Rombongan kami telah bertolak dari KLIA pada waktu malam dan tiba di Amsterdam pada waktu Subuh. Kami telah berhenti lebih satu jam sebelum bertolak ke Helsinki menaiki pesawat yang lebih kecil. Walau bagaimanapun saya sempat solat Subuh di lapangan terbang itu. Apabila pesawat kami mendekati lapangan terbang Helsinki-Vantaa untuk mendarat pemandangan di luar adalah sungguh tidak menarik. Saya pernah 2 kali mendarat di Los Angeles, banyak kali di London dan lebih banyak di KLIA tetapi pemandangan di Helsinki adalah berbeza. Mereka yang tiba tidak disambut dengan lautan yang membiru, tumbuhan-tumbuhan yang menghijau atau bangunan-bangunan sebuah bandaraya. Mereka disambut dengan suasana yang muram. Dari tingkap saya, saya hanya dapat melihat salji sejauh mata memandang dan pokok-pokok yang kelihatan kesedihan ( sad looking trees ). Sungguh tidak memberangsangkan dan ia membuat saya berfikir apa yang ada di neg

BAB 1 - LONDON DI MUSIM LURUH.

Kali pertama saya menjejakkan kaki di London adalah pada 7 September 1979. Ketika itu perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Heathrow memakan masa 17 jam. Saya adalah sebahagian dari pelajar-pelajar Malaysia lepasan SPM ( ketika itu MCE ) yang ditaja oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Saya tidak tahu berapa ramai pelajar di atas penerbangan itu tetapi saya lihat seperti hampir kesemua adalah pelajar-pelajar. Tetapi mungkin juga ada pegawai-pegawai yang mengiringi kami. Selalunya penerbangan ke London akan menerbangkan lebih 300 penumpang. Kami telah bertolak pada waktu malam dan dihantar oleh keluarga kami. Sudah tentu lebih dari seorang. Paling kurang ibu bapa mereka dan juga adik beradik mereka jika ada. Maklumlah kali pertama pergi jauh dari keluarga. Jika terdapat 200 pelajar dan setiap pelajar dihantar oleh 4 orang maka Lapangan Terbang Subang penuh sesak dengan 800 hingga 1,000 orang kaum keluarga. Saya telah dihantar oleh ibu bapa d

BAB 2 - LONDON YANG PELBAGAI WAJAH.

Kebanyakan mereka yang datang ke United Kingdom dari Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. Walau bagaimanapun terdapat banyak lapangan terbang antarabangsa yang lain di United Kingdom. Di antaranya adalah di Gatwick, Stansted dan Manchester. Lapangan terbang ini turut menerima penerbangan dari Asia dan Timur Tengah tetapi Penerbangan Malaysia hanya mendarat di Heathrow.  Tetapi saya pernah mendengar kawalan imigresen di lapangan terbang yang lebih kecil adalah tidak ketat. Ada seorang rakan saya yang menjangka akan menghadapi masalah dengan imigresen telah memasuki United Kingdom melalui lapangan terbang Cardiff setelah menaiki kapalterbang di Amsterdam. Dari Malaysia dia tidak mendarat di Heathrow tetapi mengambil penerbangan ke Amsterdam. Mereka yang datang ke United Kingdom untuk melancong pasti akan singgah di kota London. Mereka yang bekerja atau belajar akan terus ke bandar masing-masing tetapi jika mereka menaiki keretapi maka mereka perlu pergi ke stesyen-stesyen