Skip to main content

TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT JADI SARANG PENAGIH, STOR BARANG.

PANDAN 21 MEI 2012 : Dua buah tempat letak kereta bertingkat di Taman Pandan Indah Commercial Park di sini yang dibiarkan tanpa kawal selia dan penyelenggaraan sempurna menyukarkan penduduk setempat menggunakan kemudahan awam berkenaan.

Tinjauan pihak media bersama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad mendapati, kedua-dua tempat letak kereta itu telah dijadikan sebagai stor menyimpan barang perniagaan.

Penduduk setempat juga khuatir bangunan yang terletak di Jalan 6/2 dan Jalan 6/7, menjadi sarang penagih dadah dan kaki botol.

Lebih mengejutkan, tingkat dua tempat letak kereta di Jalan 6/7 telah dipagar bagi menghalang mana-mana individu meletakkan kenderaan.

Terdapat juga beberapa dinding luar bangunan itu telah dipecahkan dan tingkat bawahnya dijadikan tempat meletakkan teksi.

Menurut Iskandar, dahulunya tempat ini pernah dijadikan sebagai pusat kitar semula sampah sarap namun atas desakan penduduk operasi tersebut berjaya ditamatkan.

Jelas beliau, masalah ini menjadi lebih besar apabila pemaju asal memaklumkan bangunan ini telah dijual kepada pemilik yang baru.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemilik baru tersebut namun beliau telah dihubungi pihak berkenaan dan akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.

Apa yang penting katanya, bangunan ini perlu kekal sebagai tempat letak kenderaan meskipun telah dijual kepada pemilik baru.

"Kalau ikut kebenaran merancang, tempat letak kereta tetap menjadi tempat letak kereta kecuali kalau ada permintaan daripada penduduk atau pihak lain, kita perlu lihat dan kaji dengan teliti.

"Setakat ini masih kekal sebagai tempat letak kereta," Katanya yang juga Adun Taman Cempaka.

Terdapat 1,580 tempat letak kereta di kawasan itu termasuk bangunan yang bertingkat.
Iskandar akan meminta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberikan maklum balas siapa yang akan uruskan tempat letak kereta ini supaya dapat beroperasi dengan lebih tersusun.

Selain itu, Iskandar juga berkata 19 pemilik blok di dalam Taman Pandan Indah Commercial Park akan mendapat hak milik strata selepas mereka jelaskan pembayaran cukai tanah.

Di dalam satu mesyuarat minggu lalu, pemaju taman komersial tersebut telah bersetuju untuk membuat permohonan bagi hak milik strata setelah pemilik menjelaskan cukai tanah.

"Itu kita berikan kepada penduduk untuk selesaikan bayaran cukai tanah mereka.

"Apabila mereka membayar sahaja, dalam masa dua minggu pihak pemaju akan hantar permohonan untuk mendapatkan hak milik serata." - AFIX REDHUAN, MEDIA SELANGORKU.

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...