KUALA LUMPUR, 28 April 2012 : Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.
Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL.
Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.
Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL.
Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.
Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya - Harakahdaily.
(Haji Habizal [kiri] dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL)